Monday, November 7, 2011

Gabungan klasik Nautica


KOLEKSI terbaharu Nautica turut menawarkan himpunan pakaian buat sang jejaka.


KIRI: Jaket nuansa biru menyuntik penampilan ranggi apatah lagi ia digayakan bersama seluar jean.


KEMEJA berkotak dipadan dengan baju T polos sedondon warna.


REKAAN dres pendek yang menyerlahkan penampilan wanita tampak menawan dan sofistikated.


ISTIMEWA koleksi musim luruh jenama Nautica tahun ini kerana ia mengembalikan rekaan berunsur tradisi iaitu signatur asal Nautica yang mementingkan keaslian, warisan dan padanan rekaan sukan yang klasik.
Meskipun begitu, sedikit suntikan teknikal menyerlahkan rekaan yang mencerminkan gaya sepanjang zaman, seimbang dan bertenaga.
Musim kali ini memperkenalkan rekaan-rekaan kasual yang sesuai untuk pelbagai acara. Rona gelap dan suam seperti jingga, kuning gelap, oren tampak teguh, manakala bayang-bayang biru cair, biru gelap dan terang serta kelabu mencipta gabungan warna yang menyerlahkan penampilan.
Pakaian luarnya yang disuntik fungsi teknikal merupakan kekuatan Nautica seperti Kot Twill Trench daripada fabrik nilon dan kapas, selain rekaan Ballast Parka yang menjadi rekaan ikonik serta blazer tiga butangnya.
Untuk baju panas pula, paten terbaharu diperkenalkan seperti leher bulat, satu perempat zip, leher penuh dan leher V yang kesemuanya dibuat menggunakan kain kapas 12 gg.
Untuk baju tenunan, Nautica mencipta kemeja jersi rugbi dalam rona kosong mahupun corak jalur. Rekaan jean yang pelbagai pula diberi tenaga tambahan melalui suntikan elemen kasual yang dimaksimumkan.
Untuk denim, rekaan slim fit adalah yang paling penting. Tambahan tekstur vertikal dan perincian menjadikan rekaan lebih up to date. Warna kelabu masih menjadi elemen asas tetapi, pilihan terbaru denim biru dan hitam melengkapkan koleksi jean Nautica.
Pengenalan rekaan kemeja formal Nautica juga diperhebatkan untuk penampilan lebih rugged dan kacak. Rekaan-rekaan yang menjadi rebutan ialah kemeja Chambray Slim Fit, kemeja jaket dalam fabrik suede dua lapis dan baju panas Fisherman.
Jaket utiliti kain kapasnya pula merupakan rekaan tunggal dalam kategori itu, manakala kemeja Carter Stripe Raglan tangan panjangnya merupakan padanan sempurna bersama jaket Nautica atau dipakai begitu sahaja.
Untuk rekaan bahagian atas, tenunan yang diinspirasikan corak tentera ditambah perincian poket tampal, manakala tampalan suede di siku menyerlahkan rekaan kemeja Milbourne Pique.
Kemeja T lengan panjang dan pendek pula memperkenalkan palet warna dan perincian baru seperti logo rona kontras dan aplikasi grafik.
Sementara itu, koleksi rekaan untuk si gadis pula mencerminkan gaya feminin klasik pada setiap helaian, namun menyuntik elemen sofistikated pada masa yang sama.
Warna-warna yang ditawarkan bagi koleksi Great Lakes merupakan pilihan sempurna untuk musim luruh. Warna biru gelap dan hijau dipadankan dengan rona putih, krim dan kelabu.
Seluar denimnya mengekalkan rekaan asal mahupun pilihan baru lima poket yang ringan untuk aktiviti lasak, manakala tekstur yang diperbaharui memberikan gaya elegan meskipun hanya dipadankan dengan sehelai cardigan.
Koleksi Windy City pula merupakan rekaan paling sofistikated untuk si gadis Nautica. Ia memberi fokus kepada rekaan kemeja klasik dalam biru gelap, kelabu, putih, beri, merah jambu dan arang bagi mencipta variasi dalam setiap helaian.
Blaus femininnya dengan cetakan dot merupakan corak signatur, manakala dres kemeja klasiknya mencipta emosi anggun apabila diserikan dengan selendang yang menggantikan kardigan.
Koleksi Mackinac pula, merupakan seluar gaya luar rumah yang hebat. Reflek warnanya menceritakan perubahan musim dalam rona suam dan tenang musim luruh seperti rona jingga dan putih.
Pilihan seluar panjang longgar atau gaya seorang pelayar dengan butang atau denim biru lusuh gaya vintaj memberikan rasa sebenar wanita Nautica.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...