Saturday, November 26, 2011

Do Re Mi taruhan Budi



BUDI


WALAUPUN masih hijau di dalam industri muzik di negaranya sendiri iaitu Indonesia, Syahbudin Syukur atau lebih mesra dengan panggilan Budi, berani mengatur langkah untuk masuk ke persada industri muzik Malaysia.
Pemuda yang berumur 25 tahun ini lebih dikenali sebagai Budi Doremi bagi peminatnya di Indonesia telah hadir ke Malaysia untuk menghadiri majlis pelancaran single pertamanya yang berjudul Do Re Mi di Malaysia.
Namun, apa yang membuatkan penyanyi muda ini berani untuk mencuba pasaran Malaysia walhal dirinya masih baru di negara sendiri?
"Ini kerana saya yakin lagu yang saya bawakan itu ialah sebuah lagu yang senang dan boleh membuatkan orang gembira. Selain itu, saya percaya pada diri kerana saya membawa sesuatu yang cukup segar dengan genre muzik yang saya panggil pop raggaeneration (raggae generation).
"Di dalam lagu ini, saya mewujudkan tema iaitu saya mengajak orang untuk sedar bahawa perpisahan atau perkara yang menyedihkan itu boleh disampaikan dengan cara yang gembira," jawab Budi pada majlis makan tengah hari bersamanya di Melting Pot Café, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.
Selain itu, Budi juga sedang sibuk menyiapkan single keduanya berjudul 1,2,3,4,5,6 yang bakal dilancarkan di Indonesia pada awal bulan Disember ini. Jika melihatkan judul lagunya, Budi hanya menggunakan judul yang sangat mudah dan diingati.
Kata pemuda kelahiran, Banten, Jakarta, Indonesia ini, judul seperti itu dipilih kerana ia merupakan harapan peminat terhadap dirinya yang mana dia sememangnya inginkan kelainan supaya mudah diingati dan lebih catchy.
Budi yang berada di bawah naungan Erama Records di Malaysia dan Wanna-B Music Production di Indonesia memanjat kesyukuran kerana single Do Re Mi ini sangat mendapat sambutan di corong-corong radio Indonesia malah turut tersenarai di dalam carta teratas.
Ini merupakan kali kedua kehadiran Budi di bumi Malaysia dan pertama kalinya adalah untuk membuat rakaman lagu Gerimis Mengundang bersama artis baharu tempatan, Brenda.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...