KUALA PERLIS - Maritim Malaysia (APMM) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup tiga guni daun ketum yang dibawa oleh sebuah bot nelayan di perairan 0.1 batu nautika dari sini Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, setiap guni daun ketum seberat 10 kilogram (kg) itu dijumpai di hutan paya bakau di sini setelah penyeludup mencampakkan barangan berkenaan.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1Langkawi, Kepten Maritim Rahim Abdullah berkata, penyeludup bertindak demikian bagi melepaskan diri setelah dikejar anggotanya di perairan tersebut.
"Hasil pemeriksaan ke atas tiga guni yang dibuang itu, kami mendapati barangan tersebut merupakan tumbuhan hijau disyaki daun ketum yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran menggunakan guni berlabel benih padi," katanya di sini semalam.
Menurut Rahim, daun ketum yang dirampas itu dibawa ke pangkalan Kuala Perlis untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment