
TIDAK dinafikan ramai yang tercari-cari buku bertajuk ‘Najib Perdana Menteri Terakhir’ dikebanyakkan kedai buku namun tidak menjumpainya. Jika berjumpa di kedai-kedai buku tertentu pun, apabila ditanya kepada penjual, mereka akan memaklumkan hanya menerima buku tersebut dalam kuantiti yang terlalu kecil.
Apakah sebenarnya yang berlaku disebalik penyebaran buku ini dan siapakah sebenarnya Shahbudin Husin?
Sumber yang layak dipercayai memberitahu penulis, buku tersebut sengaja diterbitkan bertujuan untuk mengetahui siapa sebenarnya yang menjadi duri dalam daging dalam pentadbiran Najib, terutama sekali mengenal pasti pemimpin UMNO yang berpotensi menentang Najib pada masa kini dan masa akan datang.
Menurut sumber tersebut lagi, Shahbudin Husin bukanlah penulis sebenar buku tersebut kerana dia dikategorikan sebagai wartawan suam-suam kuku malah dikalangan wartawan, namanya amat kurang dikenali.
Penulis sebenar buku tersebut adalah Noraini Nordin iaitu isteri kepada Shahbudin Husin. Noraini sememangnya diketahui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Rosmah Mansor dan kerana hubungan itulah beliau dinaikkan pangkat menjadi salah seorang editor majalah dalam Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.
Noraini adalah seorang penulis yang hebat, jauh mengatasi suaminya. Malah, Noraini pernah memenangi Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi dalam dunia kewartawanan di Malaysia sewaktu berkhidmat sebagai wartawan di akhbar Watan satu ketika dahulu.
Di Utusan Melayu (M) Berhad, ramai yang mengetahui tentang bagaimana Noraini berjaya mendapatkan beberapa projek yang diuruskan suaminya, Shahbudin selepas mendapat pertolongan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah.
Kerana kebolehannya menulis dan pengetahuan meluas tentang politik UMNO telah membolehkan Rosmah dan Noraini berpakat untuk menerbitkan sebuah buku yang bertujuan untuk mencari mereka yang dikatakan menjadi duri dalam daging diera pentabiran Najib.
Benar, dalam buku ini Rosmah menjadi sasaran yang lebih kuat berbanding Najib malah Rosmah digambarkan telah berjaya “ditelanjangkan” dengan pelbagai keburukkan pada dirinya.
“Percayalah bahawa semua pendedahan mengenai kononnya perangai buruk Rosmah tidak akan menjadi kudis kepada Rosmah.”
“Rosmah sudah lali dengan berita berunsurkan fitnah dan pembohongan mengenai dirinya serta segala macam cerita rekaan bertujuan untuk memalukan beliau”.
“Percayalah, Rosmah adalah seorang yang kuat untuk berhadapan dengan segala cacian dan makian. Dan kerana wujudnya persepsi buruk mengenai sikapnya maka buku itu dirancang untuk memerangkap pihak-pihak tertentu”, kata sumber itu yang juga telah lama mengenali Noraini.
Malah katanya lagi, buku bertajuk ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ tulisan Shahbudin Husin yang akan diedarkan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO nanti juga dirancang atas tujuan yang sama.
“Modus Operandinya mudah saja, bila ada pembeli yang menghubungi mereka atau penerbit untuk membeli buku tersebut dalam kuantiti yang besar, pergerakkan mereka kemudiannya akan dipantau”.
“Tujuannya ialah untuk membolehkan penaja sebenar buku tersebut dijejaki dan sekaligus mereka yang bertindak untuk menjatuhkan Najib dapat dikesan dan dikenalpasti dengan buktinya sekali”, katanya lagi
Menurut sumber itu lagi, Najib dan Rosmah memang seorang yang amat licik dan mereka pandai memanipulasikan persepsi negatif terhadap Rosmah bagi kepentingan politik Najib secara halus tanpa disedari oleh mana-mana pihak.
Dalam hubungan ini, penulis percaya ramai yang akan termasuk dalam perangkap yang diatur Shahbudin dan isterinya, Noraini.
@mynewshub.my
baca seterusnya disini...
No comments:
Post a Comment