Thursday, November 24, 2011

Bukti Penyokong Indonesia Kuat Main Bomoh


Semata-mata untuk kemenangan pasukan mereka,penyokong fanatik Indonesia mendapatkan khidmat bomoh,dukun dan pawang untuk menjamin kemenangan buat Indonesia.Tetapi apakan daya kita sebagai hamba Allah dimuka bumi untuk menentukan kemenangan sesebuah pasukan melainkan Allah sahaja yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Diberitakan juga selepas perlawanan tersebut ,pihak pengurusan Indonesia meminta supaya diadakan ujian Doping buat beberapa pemain negara bertujuan untuk menafikan kemenangan negara.Ong Kim Swee juga dikatakan marah sebab pihak pengurusan terus meminta diadakan ujian Doping tanpa hadiri sesi penerimaan hadiah.Nampak sangat pasukan bolasepak Indonesia terdesak kerana malu terhadap lebih 100 ribu penyokong Indonesia yang bakal berang deangan kemenangan Malaysia.

KP juga menonton siaran langsung Final tersebut terkejut melihat aksi pemain indonesia ketika mengambil sepakan penalti terkumat-kamit seperti membaca suatu mantera kononnya untuk kaburi mata Goal Keeper Malaysia,Khairul Fahmi Che Mat,tetapi Allah lebih brkuasa ,sepakan mereka berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi.Lihat dalam video dibawah ini dan  tengok kepada mulut pemain indonesia yang mengambil sepakan penalti.Anda akan perasan ada pemain yang terkumat kamit membaca sesuatu


Alhamdulillah,mungkin ini balasan Tuhan buat pasukan mereka selepas beberapa insiden menghina pasukan Malaysia ,memijak dan membakar jalur gemilang,tidak hormat lagu Negaraku ketika dinyanyikan dan pelbagai insiden yang begitu teruk yang terpaksa dihadapi pasukan Malaysia .Doa dan harapan rakyat Malaysia menjadi kenyataan dengan kemenangan ini.

@kerispusakabangsa.blogspot.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...