Tuesday, November 22, 2011

Bukti Mahathir prihatin Umno

Muhyiddin Yassin
BANDAR BARU BANGI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap Umno yang masih lemah, adalah bukti pemimpin berkenaan masih sayangkan Umno.

Menurutnya, walaupun pahit dan pedas, kita perlulah menerimanya dengan ikhlas dan penuh kesedaran untuk membina semangat dan memperkukuhkan perjuangan demi bangsa dan negara.

“Apa dinyatakan beliau adalah pandangan dan penilaian terhadap parti Umno pada masa sekarang dan saya fikir beliau tidak mempunyai niat tidak baik, malah membuktikan sikap keprihatinan dan sayangnya terhadap Umno.

“Banyak lagi usaha perlu dilakukan bagi mendapatkan sokongan rakyat dan kita yakin usaha mampu dilaksanakan memandangkan maklum balas dari rak­yat menunjukkan perubahan positif”, katanya selepas menyampaikan Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra, dekat sini, semalam.

Menurutnya, antara ca­baran dihadapi pemimpin dan anggota UMNO ialah memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Jika zaman dahulu, kita lebih mudah mendapat sokongan rakyat, kerana pada waktu itu ramai memahami dan dapat menghayati sejarah lampau.

“Generasi sekarang tidak membawa beban masa lampau, mereka lahir lepas merdeka, dengan kemajuan pembangunan, jadi mereka tidak terikat dengan beban ini”, katanya.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...