Kadang kadang kami fikir, undang undang ini patut kita layan sahaja, mahu melenting belakang kira.
Awal bulan November 2011 ini, satu perintah waran tangkap telah di’keluarkan terhadap Bob Lokman kerana gagal hadir untuk memberikan keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Perkara itu adalah berikutan tangkapan yang di’buat terhadap beliau yang di’dakwa menyampaikan ceramah kepada umum tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat.
Harian Metro awal pagi ini melaporkan yang Bob Lokman sudah pun tampil ke pejabat JAIS untuk memberikan keterangan seperti yang di’minta dan tiada penahanan di’lakukan.
Pihak JAIS mengesahkan yang Bob Lokman tampil seorang diri pagi semalam dan kes beliau akan di’bawa ke mahkamah untuk perbicaraan sekitar Februari 2012 nanti. Do the right thing man.
@rotikaya.com
No comments:
Post a Comment