Thursday, November 3, 2011

Blog Makan Angin: Huhuhu... Episod Terakhir


Untuk episod terakhir Makan Angin musim ke-2 ini, penerbit memilih Segamat, Johor. Dari Tasik Bera, Pahang kami meneruskan perjalanan ke Segamat yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau nak tau apa yang best dan unik dekat Segamat ni, kenalah baca blog ni sampai habis and jangan lupa untuk menonton Makan Angin Jumaat nanti pada 4 November 2011.



Sampai di Segamat saya dan krew production terus check in dekat Segamat Country Club yang menaja penginapan team Makan Angin. Kemudian saya dan team keluar semula untuk berjumpa dengan En. Sothir di Kg. Jawa.

Sampai di Kg. Jawa, En. Sothir membawa saya dan team ke sebuah rumah yang tengah riuh-rendah disebabkan rewang. Rewang ni lebih kurang macam gotong-royong tapi lebih kepada memasak dan menghias. Orang Johor ni selalunya mengadakan rewang kalau ada kenduri-kendara. Memang meriah! Saya pun tak lepaskan peluang untuk menyibuk join kaum lelaki yang sibuk di dapur memasak untuk orang yang tolong rewang.



Lepas dah menyibuk rewang, saya rush ke rumah Cik Roz untuk belajar memasak botok-botok dan lemper. Kedua-dua makanan ni memang makanan khas orang-orang Jawa. Kebanyakkan yang duduk di Kg.Jawa ni semuanya orang Jawa yang juga sanak saudara. Haa...



Berbalik kepada makanan yang akan saya cuba masak iaitu botok-botok, ianya memerlukan pelbagai jenis daun sampai tak ingat saya... Yang saya ingat daun pisang je... Hahaha. So kalau nak tau lebih terperinci kenalah tengok nanti ya.



Sementara nak menunggu botok-botok siap, saya try buat lemper pulak. Lemper ni macam kuih pulut panggang but dia tak dibakar tapi direbus. Lepas kedua-dua makanan dah siap direbus, apalagi? Masa untuk rasa lah... Ahaaa! Memang A lahh... terbaikkk!



Lepas masak dan makan, saya dan team join pulak En. Sothir jamming. Jamming ni sekadar suka-suka je, hobi di masa lapang kaum-kaum bapa di Kg. Jawa ni. Yang lebih menarik, jamming ni semua otai-otai yang still power!

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk ber-jamming. Saya tak reti main instrument ni sangat tapi boleh lah nyanyi sikit-sikit. Orang kata saya nyanyi sedap tapi kalau tak nyanyi lagi lah sedap. Hahaha. Maklum lah bakat saya lebih kepada pengacaraan. 

Untuk hari kedua, kami masih lagi ke Kg. Jawa untuk try belajar masak ayam engkong dengan Wak Paimo di rumahnya. Saya ditugaskan untuk menangkap ayam dan kemudian ayam tu disembelih oleh Wak Paimo. 



Saya cabut bulu dan bersihkan ayam. Untuk memasak pulak saya akan belajar dengan orang rumah Wak Paimo, yang lebih selesa dipanggil Mak Wagina. Ramuan untuk masak ayam ni takde lah susah mana - bawang merah besar, bawang besar, serai and kelapa sebiji adalah bahan-bahan yang utama.

Lepas dah ada semua bahan-bahan, blender kan semua nya sekali then lumur kat ayam tu sepenuhnya. Biar semua bahagian ayam kena dan sebati. Lepas tu kenalah tunggu lebih kurang 1 hingga 2 jam macam tuh.

Masa saya tengah sibuk menunggu ayam engkong masak, adalah pulak orang lelaki berama-ramai datang ke rumah Wak Paimo sambil berselawat menurut Mak Wagina. Ia dipanggil baraan. Menurut Mak Wagina lagi, di setiap rumah yang baraan pergi ada disediakan jamuan untuk mereka di atas kesudian untuk berselawat dan menziarahi orang-orang kampong.



Saya pun apalagi, lepas je siap ayam engkong saya pun turut serta dengan baraan sambil bawa ayam engkong yang dah siap dimasak. Nak bagi orang baraan rasa air tangan saya.



Lepas dah ikut baraan dan makan bersama mereka, saya meminta diri untuk ke rumah orang kahwin yang berdekatan sebab semalam dah berjanji nak datang untuk memeriahkan lagi majlis. Bukan selalu dapat merasa nasi minyak ni. Saya dah menjamu selera dan saya pun dah tengok cara orang Johor Jawa berkahwin mengikut adat mereka yang masih dikekalkan.



Di malam nya pula, saya join Kompang Arab yang diketuai oleh Wak Paimo. Kompang Arab ni, uniknya mereka berkompang dan juga berzanji. Selain itu, kompang yang mereka gunakan juga unik sebab ditepi kompang tuh ada “kerinching” (saya taktau nak jelaskan macam mana, kalau nak tau kena lah tengok Jumaat nanti!)

Pada hari seterusnya, saya dan team production memulakan hari dengan persembahan Barongan.



Menurut orang-orang di Kg. Jawa, ianya sebuah tarian yang bercampur lakonan. Barongan ni kalau dulu-dulu mereka memakai mistik-mistik yang membolehkan mereka dikuasai sesuatu untuk beraksi lebih bagus atau hebat.



Persembahan ni memang best lah. Buat saya rasa macam nak joget and beraksi sekali. Lepas dah tengok persembahan, saya dan team rush ke tepi sungai di Kg. Jawa untuk menangkap ikan baung. Huiii!



Ternyata banyak sungguh ikan baung dekat Segamat ni. Dapatlah jugak saya bawa balik seekor dua. Lepas memancing, saya dan crew production Makan Angin rush pula ke bandar untuk tengok peminat-peminat kereta control berkumpul dan melepaskan gian mereka di track Speedway, satu-satunya di Segamat.



Akhir sekali, kami ke Segamat Country Club semula untuk bermain golf! 1st time nak cuba main golf ni. Sekali saya try terus saya pandai. I’m a good learner yawwl! Saya juga diberi peluang untuk melawat kawasan golf tersebut. Lagi satu yang menarik tentang Segamat Country Club ni ianya mempunyai lapangan terbang sendiri. Jadi, apa-apa kapal terbang private nak landing kat situ pun boleh. Tak sangka kan?



Ini saja yang dapat saya ceritakan kali ini. Ni dah lah last episod. Bagi yang telah bekerjasama dengan team Makan Angin di Segamat, “You guys rock and sporting!”. Tak lupa juga bagi yang telah bekerjasama dengan team Makan Angin di semua lokasi yang kami pergi, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga. Jumpa lagi di musim hadapan!


@gua.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...