Wednesday, November 9, 2011

Bintang sukan sambung belajar


YAO MING kelihatan mengantuk ketika berada dalam kuliah di Universiti Jiaotong, Shanghai kelmarin.

SHANGHAI - Bintang bola keranjang China, Yao Ming (gambar) kembali ke bilik kuliah pada minggu ini untuk menyambung pelajaran bagi mendapatkan segulung ijazah, tetapi dia mengaku keletihan berada di sana selepas lebih sedekad beraksi di gelanggang.
Bekas pemain pasukan bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Houston Rockets itu menghadiri kuliah pertamanya di Universiti Jiaotong di sini kelmarin.
Media China semalam melaporkan bahawa Yao Ming akan mengambil kelas matematik, Bahasa Inggeris dan sejarah China di universiti berkenaan.
Bintang sukan berusia 31 tahun yang memiliki jenama sendiri berharga lebih AS$1 bilion (RM3.12) itu mengumumkan persaraannya pada Julai lalu akibat kecederaan.
"Saya berasa sihat hari ini tetapi letih sedikit kerana tidak menghadiri kelas sudah lebih 10 tahun. Saya agak berkarat," Yao Ming dipetik sebagai berkata oleh akhbar tempatan, Global Times.
Yao Ming yang berhasrat mendapatkan ijazah sarjana muda dalam jurusan ekonomi memberitahu, dia memilih untuk belajar di universiti berbanding mengupah guru persendirian kerana dia mahu merasai suasana kampus.
Dia kini mengimbangi tugasannya sebagai pelajar dan kerjaya mengendalikan pasukan bola keranjang China, The Shanghai Shark. - AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...