Tuesday, November 15, 2011

Bicara Nafkah Anak Zainal Abidin Tangguh

Bicara Nafkah Anak Penyanyi Zainal Abidin Tangguh
KUALA LUMPUR – Perbicaraan tuntutan  nafkah anak penyanyi Zainal Abidin yang  dikemukakan oleh bekas isterinya, Natasya  Gabriel Abdullah ditangguhkan sehingga 14  Disember ini berikutan hakim yang mengendalikan  kes itu sedang bercuti.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie,  Norhusniah Husin yang mewakili Natasya selaku  plaintif ketika ditemui pemberita di pekarangan  mahkamah.
Pada hari ini ditetapkan untuk menyambung  keterangan Natasya yang sepatutnya didengar di  hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Zain.
Zainal Abidin yang diwakili peguam syarie, Abdul  Halim Bahari dan bekas isterinya Natasya,  kedua-duanya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah  di sini hari ini.
Pada tahun lalu, Natasya, 52, memfailkan  tuntutan nafkah anak yang berjumlah  RM167,102.04 terhadap Zainal Abidin atau  nama penuhnya, Zainal Abidin Mohamed.
Jumlah tersebut merangkumi yuran  persekolahan, kelas agama dan bayaran  perubatan sejak tahun 2002 sehingga kini.
Bekas model itu bernikah dengan Zainal Abidin  pada 24 Mac 1987 dan bercerai pada 12  Disember 2000 dikurniakan seorang anak lelaki  Mikhail, 18, yang menghidap autisme dan  seorang anak perempuannya, Timur, 16.
Bekas vokalis kumpulan Headwind itu turut  berhadapan satu lagi tuntutan iaitu permohonan  mengubah perintah nafkah bulanan, wang  perbelanjaan hari raya dan pembelajaran dua  anaknya itu yang difailkan Natasya pada tahun  lalu.
Dalam tuntutan tersebut, Natasha memohon  agar nafkah bulanan RM200 sebulan bagi setiap  anak dinaikkan kepada RM1,200 seorang setiap  bulan.
Turut dimohon adalah nafkah hari raya diubah  daripada RM150 kepada RM300 setiap  seorang.
Bagi nafkah membabitkan pembelajaran, Natasha  menuntut agar belanja pendidikan Mikhail  dinaikkan sehingga RM3,500 sebulan.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...