KAMPUNG PAUH BUTUT – Sebuah keluarga dekat sini gempar apabila ayam betina yang disembelih, tidak mati sejak tiga hari lalu.
Zawiyah Hamat, 57, berkata, petang Jumaat lalu, anaknya, Ahmad Ridhuan Mat Junuh, 33, menyembelih ayam tersebut untuk dimasaknya.
Namun, selepas disembelih, ia bangun dan berlari sehingga malam dan memanjat pokok seperti biasa.
“Mulanya makcik menyuruh anak untuk menyembelih ayam itu kerana kasihankannya yang selalu dibuli ayam lain.
“Ayam betina itu buta sebelah kiri dan sering menjadi mangsa buli ayam lain sehinggakan dia tidak dapat makan apabila bersama kumpulan ayam lain dan terpaksa naik ke rumah untuk makan nasi kucing,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Beliau berkata, selepas di sembelih pada Jumaat, keesokan harinya ia masih belum mati dan di atas saranan seorang jiran, ayam itu disembelih sekali lagi pada bahagian atas lehernya.
Namun, katanya, sembelihan kali kedua itu juga tidak mematikan ayam tersebut walaupun lehernya cuma tinggal sedikit setelah semua urat halkum dan merih putus.
“Makcik pun tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan kerana ia masih belum mati. Makcik sedih melihatnya begitu. Diberi air, ia minum tetapi keluar semula kerana urat halkumnya sudah putus.
“Esok (semalam) makcik bercadang menyuruh anak membawanya ke Pejabat Veterinar untuk melihat apa yg boleh dilakukan untuk ayam ini. Apabila terjadi begini, kami tidak lagi berhasrat untuk memakannya walaupun ia mati nanti,” katanya.
Beliau berkata, kejadian sedemikian tidak pernah berlaku dalam keluarganya dan mungkin ALLAH SWT hendak menguji keluarganya.
Anaknya, Ahmad Ridhuan yang menyembelih ayam tersebut adalah seorang guru agama yang sering mengajar anak didiknya menyembelih ternakan, tetapi tidak pernah mengalami keadaan sedemikian.
Zawiyah berkata, dia membela beberapa belas ekor ayam kampung untuk keperluan keluarganya dan disembelih untuk dimasak apabila anak- anaknya pulang ke kampung.

@sinarharian@com.my
.
.
No comments:
Post a Comment