
MANILA - Keluarga seramai 57 mangsa yang terkorban dalam pembunuhan besar-besaran berunsur politik di Filipina merancang untuk menyaman bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo atas dakwaan membekalkan senjata dan menyokong pembunuhan itu, menurut peguam mereka, semalam.
Melalui saman itu, keluarga mangsa menuntut bayaran pampasan sebanyak 15 juta peso (RM25,300) dalam kes terbaru terhadap Arroyo.
Minggu lalu, bekas pemimpin wanita itu baru sahaja didakwa polis atas tuduhan melakukan penipuan semasa Pilihan raya Senat pada 2007. Menurut pendakwa raya, Gabenor Andal Ampatuan yang memerintah wilayah Maguindanao di selatan Filipina semasa tragedi pada 2009 itu melakukan pembunuhan besar-besaran bagi menghalang pesaing politik mereka daripada bertanding dalam pilihan raya tempatan.
Kerajaan pimpinan Arroyo didakwa membekalkan kelengkapan tentera dan membenarkan Ampatuan memiliki angkatan tentera sendiri sehingga mencecah beberapa ribu orang dengan alasan memerangi kumpulan pemisah di selatan Filipina.
Port ikan bakar terbaek lokasi mesti singgah di Melaka! Klik info.
No comments:
Post a Comment