Wednesday, November 2, 2011

Anwar Tunai Haji Di Amerika?

Anwar Tunai Haji Di Amerika?

Hanya beberapa hari sahaja lagi Umat Islam akan menyambut Aidil Adha.  Dan sejak dari awal bulan Oktober lagi, berpusu-pusu Umat Islam merebut peluang untuk menunaikan Haji.  Dato’ Seri Najib dan isteri juga tidak ketinggalan dan telah pun berlepas ke Tanah Suci semalam.
Inilah masanya untuk melupakan duniawi, mengenali diri dan menginsafi kehidupan yang sementara ini.
Sesungguhnya, menjejakkan kaki ke Mekah adalah cita-cita bagi semua Umat Islam.   Tempat di mana kita terasa hampir dengan yang Maha Esa dan segala doa dimakbulkan.  Bagi manusia yang teraniaya dan kesusahan serta tiada tempat mengadu, Mekah merupakan tempat paling afdal untuk berserah kepadaNya.
Namun begitu, setelah 12 tahun berlalu sejak kes Liwat 1 dan pertuduhan salahguna kuasa, sehinggalah kes Liwat 2, video seks dan sebagainya, Anwar Ibrahim yang mendakwa dianiaya dan difitnah tidak sekali pun menjejakkan kaki ke Mekah.
Biarpun semua mereka yang didakwa sebagai dalang konspirasi terhadapnya seperti Tun Dr. Mahathir, Saiful Bukhari dan kini Najib telah ke Mekah, Anwar masih lagi tidak mendengar seruan haji.  Begitu juga isteri dan anak-anaknya, walaupun mereka semua memiliki ‘kemudahan’ untuk keluar masuk negara  bagaikan keluar masuk bilik air.
Bukan itu sahaja, malah ketika Umat Islam terbang ke Mekah menjadi tetamu Allah S.W.T., Anwar Ibrahim pada 27 Oktober lalu telah ke menjadi tetamu Al-Gore di Amerika.  Ini dimaklumkan sendiri oleh Anwar di laman sosialnya.
Nampaknya, ketika Umat Islam memohon perlindungan Allah S.W.T., Anwar Ibrahim memohon perlindungan Al-Gore.
Beberapa blog menulis bahawa Anwar berjumpa Al-Gore untuk meminta pandangan, bantuan dan apa saja yang terdaya dalam menghadapi pusingan terakhir kes liwatnya.   Komen-komen pembaca pula membuat kita sedikit bimbang kerana ada yang membangkitkan kemungkinan Anwar bersama rakan-rakannya di barat ada merancang sesuatu yang hampir sama dengan Libya akibat terdesak untuk melepaskan diri.
Al-Gore terkenal sebagai pejuang LGBT (Lesbian, Gays, Biseksual dan Transeksual).  Beliau adalah pengkritik keras kepimpinan Amerika yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis.  Selama ini pun, Suruhanjaya Hak Asasi Gay dan Lesbian Antarabangsa telah menyatakan sokongan padu kepada Anwar melalui laman web mereka http://www.iglhrc.org/cgi-bin/iowa/article/takeaction/partners/238.html dan mendesak agar LGBT di Malaysia menyokong dan memperjuangkan Anwar.
Oleh itu, tidak mustahil Anwar berjumpa AlGore kerana ingin meminta pertubuhan dan ‘tokoh-tokoh’ pejuang LGBT seluruh dunia untuk bersatu memberi tekanan paling kuat terhadap Malaysia agar membebaskannya.
Ini kerana kenyataan peguam-peguam Anwar sendiri membayangkan seolah-olah mereka sudah putus harapan untuk membela Anwar.
Jika benar, kita sebagai saudara seagama merasa amat sedih bagi pihak Anwar kerana jelas, beliau seolah-olah terlupa bahawa biar betapa besarpun kuasa-kuasa di dunia digabungkan untuk membantunya, mereka tetap tidak akan mampu melawan kuasa Yang Maha Besar.
Sebaiknya, jika benar Anwar tidak bersalah berangkatlah ke Mekah untuk memohon perlindungan Allah S.W.T.  Dan kalau benar bersalah, berangkatlah juga ke Mekah untuk bertaubat nasuha.
AlGore mahupun semua tomboy, pondan dan manusia yang keliru jantina di dunia ini tidak akan mampu membantu Anwar jika takdir sudah menyatakan yang dia akan ke Sungai Buloh jua.
asampedaz: hmmm ingat anwar, azizah dah pernah pergi haji..? kan mereka MAMPU??? terlebih mampu aku raser...rugi betol aku raser..separuh dunia dah sampai...MEKAH KOTA SUCI tak sampai lagi..?? hmmmmm... aku bukan ahli politik, ini adalah pandangan peribadi seorang rakyat jelata yg cintakan ugamanya.... 
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...