Tuesday, November 1, 2011

Ambil alih bank Islam pertama selesai



KUALA LUMPUR - Hong Leong Islamic Bank Bhd. (HLISB) telah menyelesaikan proses mengambil alih bank Islam pertama Malaysia dengan EONCAP Islamic Bank Bhd. (EIBB), berikutan pengintegrasian antara bank induknya, Hong Leong Bank Bhd. dan EON Bank Bhd. baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz (gambar) berkata, pasukannya telah berusaha tanpa mengenal penat-lelah bagi memastikan pengintegrasian segera untuk membolehkan pihaknya menzahirkan nilai sinergi daripada eksersais berkenaan.
"Melalui integrasi tersebut, kesemua bekas cawangan EIBB akan dinamakan semula sebagai cawangan HLISB.
"Ini akan membolehkan para pelanggan kedua-dua bank itu melakukan perkhidmatan perbankan di kesemua cawangan berkenaan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Jelas beliau, HLISB akan turut menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditambah baik yang mematuhi syariah, hasil daripada gabungan ciri-ciri dan manfaat yang ditawarkan oleh kedua-dua bank itu.
"Melalui integrasi bersejarah ini, kami berharap dapat menyediakan tawaran yang lebih kukuh dan bersepadu pada masa depan," ujarnya.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...