Sunday, November 27, 2011

‘Aku Bukan Tomboi’ Filem Syamsul Paling Sedikit Kutipan Tiket

'Aku Bukan Tomboi' Paling Sedikit Kutipan Tiket
KUALA LUMPUR – Aku Bukan Tomboi filem terbaru arahan Syamsul Yusof yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara mencatatkan kutipan tiket paling rendah iaitu hanya RM2 juta berbanding enam filem lain yang pernah diarahkannya sebelum ini.
Menurut anak pengarah dan penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam ini, sebelum ini filem-filem arahannya mencatatkan kutipan tiket RM4 juta ke atas termasuklah KL Gangster yang mengaut kutipan tiket RM11.7 juta sewaktu tayangannya baru-baru ini.
“Ini adalah filem arahan saya yang paling kurang mendapat sambutan penonton. Biasanya filem-filem arahan saya mencatat kutipan lebih RM4 juta, contohnya filem pertama saya, KL Drift mendapat kutipan tiket RM4.5 juta dan Khurafat sebanyak RM8.1 juta.
“Bagi saya, ini adalah lumrah kerana tiada siapa pun boleh memberi jaminan orang dalam industri filem yang hebat mana sekali pun boleh mengekalkan prestasi kutipan filem-filem mereka. Kurangnya sambutan Aku Bukan Tomboi bukan kerana pelakon dan sebagainya.
“Tetapi ia mungkin kerana eksperimen saya dalam menghasilkan filem komedi seperti ini sedangkan filem saya yang meletop di pawagam kebanyakannya adalah filem-filem aksi. Apa pun saya tidak serik dengan kegagalan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Pada sidang akhbar di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu, Skop Productions mengumumkan filem terbaru arahan Syamsul berjudul KL Gangster 2 Prekuel dengan kos pembikinan RM3 juta dan akan memulakan penggambarannya pada 1 Disember ini.
Jelas Syamsul yang merupakan pemenang anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 atas tiket KL Gangster pada 20 November lalu, filem terbarunya itu akan mengekalkan pelakon lamanya seperti Aaron Aziz dan Soffi Jikan di mana penggambarannya di sekitar Lembah Klang.
“Cuma untuk KL Gangster 2 Prekuel ini saya akan menambah seorang lagi pelakon iaitu Rosyam Nor yang akan melakonkan watak ketua penjahat. Saya memang sudah lama mahu Rosyam berlakon dalam filem arahan saya tetapi ketika itu tidak ada rezeki kerana dia selalu sibuk,” ujarnya.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...