Monday, November 7, 2011

Aktivis Kemanusiaan Ke Gaza Dipukul Oleh Zionis

Aktivis Kemanusiaan Ke Gaza Dipukul Oleh Zionis
Sydney – Salah seorang aktivis pro Palestin dari Australia yang menyertai misi memecah sekatan ke atas Gaza, minggu lalu memaklumkan bahawa tentera zionis bukan sahaja merampas dua bot yang dinaiki mereka, malah turut memukul dan menggunakan taser gun ke atas mereka ketika memintas dua bot misi kemanusiaan itu.
Michael Coleman, yang merupakan salah seorang daripada 27 aktivis yang menyertai pelayaran itu berkata, tentera Israel juga telah menggunakan bom air sebelum 3 komandonya merampas dua bot berkenaan.
Perkara berkenaan dimaklumkan kepada bapanya, John Coleman melalui panggilan telefon.
Michael kini masih ditahan di penjara Israel.
Menurut John, komando tersebut merampas bot Saoirse yang mengibarkan bendera Irish dan sebuah bot dari Kanada dikenali sebagai Tahrir di perairan antarabangsa berhampiran Gaza, Sabtu lalu sebelum tentera laut zionis mengiringi mereka ke Pelabuhan Ashdod.
“Anak saya menaiki bot Tahrir dan dia  sempat melihat seorang aktivis Kanada menyeludup sepucuk surat untuk diserahkan kepada peguamnya secara diam-diam,” katanya.
“Ketika mereka ditahan, salah seorang aktivis Kanada, David Heat telah dipukul dengan kuat kerana enggan meninggalkan bot ketika berada di Pelabuhan Ashdod,” kata John ketika ditemuramah oleh radio ABC.
Menurut John, anaknya dan aktivis lain dipaksa keluar daripada bot berkenaan dengan tangan yang digari menujuk ke penjara yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Tel Aviv.
Ujarnya, anaknya memaklumkan semua aktivis ditempatkan di bilik lokap yang berbeza dan John percaya anaknya itu akan dibebaskan minggu ini.
“Proses pembebasannya mengambil masa 72 jam. Kami berharap Michael akan pulang ke Australia pada Khamis atau Jumaat ini,” katanya.
Pelayaran misi kemanusiaan bagi memecah sekatan ke atas Gaza bukan pertama kali dilakukan malah pada 2010, sembilan aktivis dari Turki yang menaiki Mavi Marmara terkorban selepas ditembak oleh komando Yahudi ketika mereka melakukan pelayaran yang sama .
Sementara awal tahun ini pula, sebuah kapal flotila yang cuba membuat pelayaran ke Gaza telah disabotaj ketika berlabuh di Greece, dipercayai dilakukan oleh Israel bagi menghalangnya belayar ke Gaza.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...