Monday, November 14, 2011

Abby Abadi digelar ratu Propa oleh pihak wartawan hiburan

Melalui petikan Joyah di akhbar Utusan Malaysia. Sekumpulan wartawan hiburan telah menggelar Abby Abadi sebagai Ratu Propa kerana bermasalah dan sentiasa berperangai pelik. Walaupun petikan tersebut tidak mention sebarang nama, namun jelas ianya ditujukan kepadanya. Antara petikan menyebut, Abby Abadi pandai bermuka-muka dan meminta simpati dengan cerita cintanya yang baru putus itu.
Antara punca mereka menggelarnya sebegitu kerana apabila seorang wartawan hiburan mengeluarkan cerita putus cinta antara dia dan pasangannya, Abby telah menafikan kata-kata yang keluar di akhbar tersebut dan menuduh wartawan tersebut mereka cerita. Penafian itu telah dibuat di fanpage Facebooknya beberapa minggu lepas.
Mujurlah rakaman ada dibuat dan bile dikongsi bersama beberapa wartawan hiburan yang lain, sah Abby menipu peminatnya sendiri. Malah pihak wartawan hiburan ini mengalu-alukan Abby memburukkan mereka di fanpage Facebooknya apabila artikel ini keluar hari ini kerana mereka sudah cukup “kenal” perangainya.
@mediamalaya.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...