Friday, November 11, 2011

80,000 Warga Moscow Berjemaah Menyambut Aidiladha


Beribu-ribu umat Islam merapatkan bahu sesama bahu dalam menunaikan Solat Aidiladha dalam kedinginan bandaraya Moscow, Russia.

Dianggarkan jumlah penduduk Islam yang menetap ataupun bekerja di Ibukota Russia itu sekitar 2 hingga 5 juta, tetapi tidak mempunyai masjid yang mengcukupi.

Polis memberitahu bahawa sekitar 170,000 berjemaah menunaikan Solat Aidiladha di bandar Moscow termasuk 80,000 orang yang bersama-sama menunaikannya di luar masjid utama di Moscow iaitu masjid yang telah mencapai usia 100 tahun pada september lalu,Masjid Cathedral. Sebuah masjid lagi akan dibina untuk menampung keperluan umat Islam yang semakin ramai di bandaraya ini.

Masjid Cathedral, Moscow

Ramai dari kalangan yang sudi mengharungi cuaca sejuk yang mencapai 8 darjah celsius ini untuk bersembahyang terdiri daripada pendatang yang berasal dari bekas tanah jajahan Soviet yang terletak di tengah-tengah benua Asia.

"Sudah tentu beberapa masjid baru diperlukan" kata Muruv, seorang pekerja kedai yang berasal dari Tajikistan. " Tengok betapa ramai yang berada di luar masjid dan jalanan dan disini amat sejuk. Kami berdiri disini menunggu solat sejak pukul 6 pagi lagi dan disini tidak mempunyai kemudahan".

"Kami sebagai rakyat Russia Muslim, berbangga dengan tanah kelahiran kami, Russia, dan kami cuba sedaya upaya untuk membuatkan Russia bangga pada kami, kebudayaan kami dan sumbangan kami dalam memajukan negara kami", Kata Ketua Mufti Russia, Ravil Gainutdin di dalam khutbah Aidiladha.

Ravil Gainutdin

Suasana Pagi Raya Aidiadha Di Moscow







@zharifalimin.blogspot.com
 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...