Meskipun suaminya Mahir Effendi baru meninggal dunia Januari lalu, namun pelakon Wilma Muhammad masih belum dapat menerima lelaki lain dalam hidupnya. Oleh yang demikian, Wilma menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia asyik bercinta dengan suami orang yang juga aktif dengan kegiatan tabligh sebagaimana yang digosipkan beberapa hari lalu.
Menurut Wilma, dia amat terkejut apabila namanya tak pasal-pasal dikaitkan bercinta dengan suami orang sedangkan dia belum terfikir untuk mencari pengganti. Ekoran gosip itu, ia telah menyebabkan rumah tangga lelaki yang dikaitkan dengannya itu jadi berantak dan bergoyang.
Wilma dan Allahyarham Mahir Effendi - klik untuk imej besar...
“Buat pengetahuan semua, saya belum ada perancangan untuk berkahwin kerana belum terbuka hati,” kata Wilma dipetik sebagai berkata.
Namun begitu, pelakon yang pernah melakonkan watak penggoda dalam filem Pasrah ini tetap 'pasrah' jika jodohnya telah ditakdirkan Allah suatu hari nanti. Malah tanpa berselindung, Wilma mengakui ada dimaklumkan oleh keluarganya bahawa terdapat seseorang mahu merisiknya.
“Keluarga saya ada memberitahu bahawa ada orang yang bertanya sama ada saya bersedia untuk menerima lamaran atau tidak.
“Tetapi terus terang saya masih menyayangi arwah suami dan sekarang ini mahu menumpukan kepada kerja yang baru bermula pada tiga bulan lalu selain mahu menyara lima orang anak yang masih kecil,” ujarnya.
Wilma yang kini bekerja di bahagian pemasaran di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur menyewa sebuah rumah di Damansara Utama dan tinggal bersama-sama anak-anak dan ibu mertuanya.
Katanya, hidup harus diteruskan walaupun tanpa suami. Bagaimanapun, buat masa ini dia masih belum mahu melibatkan diri dalam bidang seni meskipun ada menerima tawaran lakonan.
“Tetapi untuk masa akan datang saya tidak pasti sama ada akan menerima atau tidak,” tambahnya.
Tinggal kenangan - saat bahagia Wilma dan suami - klik untuk imej besar..
Arwah bapa penyayang..
Saat bahagia - Ketika baru berkahwin...
@myartis.com
No comments:
Post a Comment