Tuesday, October 18, 2011

Tingkap Proton dijamin 10 tahun



SYED ZAINAL menunjukkan komponen tingkap kuasa yang diberikan jaminan selama 10 tahun di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kira-kira 500,000 kereta Proton dijangka mendapat manfaat daripada waranti sepanjang hayat tingkap kuasa yang baharu ‘Janji Tingkap Kuasa’ oleh pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton).
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, skim waranti yang baharu itu terpakai bagi kesemua model Proton yang berdaftar mulai dari 1 September dan model Proton semasa yang masih berada di bawah waranti pengeluar yang bermula pada tarikh yang sama.
Menurutnya, waranti itu boleh digunakan hanya bagi model kereta yang dijual di dalam pasaran domestik sama ada milik persendirian atau syarikat besar yang memiliki banyak kereta.
“Ia meliputi empat komponen utama yang berkaitan mekanisme tingkap kuasa kenderaan itu iaitu pengatur tingkap kuasa, motor tingkap kuasa, suis dan run channel.
“Sebaik menerima tuntutan daripada pelanggan yang layak dan bergantung kepada pematuhan terma dan syarat waranti Sepanjang Hayat Tingkap Kuasa, waranti itu akan dilaksanakan oleh Proton secara percuma termasuk kesemua kos buruh dan alat ganti komponen tingkap kuasa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...