
INDRA (tiga dari kiri) menjadi watak penting dalam merencanakan rentak permainan T-Team.
WALAUPUN Sabah pernah tewas kepada T-Team dalam saingan Liga Super, namun itu tidak boleh dijadikan ukuran apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan dalam suku akhir Piala Malaysia 10 Oktober ini.
Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, Sabah mungkin menjadi ancaman utama kepada mereka dalam pertandingan berprestij itu nanti.
"Pertandingan Liga Super tidak boleh dijadikan ukuran dan perbandingan kerana semua pasukan mahu merebut Piala Malaysia, piala terakhir dan teragung dalam Liga Malaysia," katanya.
Yunus berkata, dalam menghadapi perlawanan itu nanti, beliau telah mengarahkan pemain T-Team agar lebih bersungguh- sungguh kerana macam-macam boleh berlaku dalam perlawanan itu nanti.
Beliau berkata, tidak mustahil Sabah boleh menundukkan T-Team walaupun pasukan kelab dari Terengganu itu mempunyai bari- san pemain ternama dan berpengalaman.
Yunus menambah, untuk mengekalkan momentum, T-Team perlu menyerang habis-habisan, selain memantapkan barisan pertahanan bagi memastikan pasukan itu mencapai kejayaan.
T-Team akan berkunjung ke Sabah (10 Oktober) untuk perlawanan suku akhir pertama sebelum berdepan pasukan itu pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 14 Oktober ini.
Yunus memberitahu, di Sabah nanti, T-Team perlu sekurang-kurangnya seri untuk dijadikan bekalan menjelang aksi kedua.
Dalam pada itu, beliau berharap pemain T-Team tidak mengalami sebarang kecederaan yang boleh menjejaskan peluang pasukan melangkah ke pusi- ngan separuh akhir.
Beliau berkata, ketika ini tiga pemain tonggak T-Team mengalami kecederaan iaitu Haris Safwan Mohd. Kamal, Indera Putra Mahayuddin dan Mohd. Fitri Omar yang diharapkan pulih sepenuhnya sebe- lum perlawanan itu bermula. - Bernama
No comments:
Post a Comment