Sunday, October 23, 2011

Platt, Schneitter jaguh LIMBC 2011



PLATT (tengah) dinobat sebagai jaguh LIMBC 2011 yang berakhir di Langkawi semalam.


PELUMBA Jerman, Karl Platt dan Nathalie Schneitter dari Switzerland masing-masing mengungguli kategori elit lelaki dan wanita pada Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2011.
Kedua-dua pelumba ini dinobatkan selaku juara keselu- ruhan, sekali gus menyarung Jersi Kuning dan Merah Jambu selepas menamatkan saingan peringkat kelima dan terakhir dalam acara merentas desa jarak dekat (kriterium) semalam.
Pada saingan bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Langkawi itu, Platt dari pasukan Team Bulls mengambil masa 42 minit 13.881 untuk menjadi pelumba kedua yang sampai ke garisan penamat.
Bagaimanapun, kedudukan itu sudah cukup buat Platt untuk memegang status juara keseluruhan pada edisi kedua ini.
Perlumbaan tersebut dimenangi oleh pencabar terdekat Platt iaitu Burry Stander dari Afrika Selatan (42:12.398s), manakala tempat ketiga milik pelumba Itali, Johnny Cattaneo (43:07.639s).
“Saya berasa sangat gembira kerana memenangi perlumbaan ini, berada di sini dan menikmati satu perlumbaan yang menarik serta menamatkan semua lima peringkat pada LIMBC 2011,” kata Platt.
“Sasaran saya adalah untuk memenangi perlumbaan ini dan impian itu menjadi kenyataan.
“Tahun ini, saya banyak kali menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga. Jadi, gembira dengan kemenangan ini.
“Selaku juara bertahan, sudah tentu saya akan kembali ke sini (Langkawi) untuk mempertahankan gelaran itu.”
Platt berkata, kini sudah tiba masanya untuk berehat dan menikmati keindahan pulau ini sebelum memikirkan perancangan bagi musim depan.
Katanya, dia masih mengintai satu daripada tiga slot untuk pasukan Jerman ke temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
“Sejak beberapa bulan lalu, saya rasa prestasi saya berada di tahap terbaik. Saya mungkin akan menyertai pelumba lain untuk mengisi tiga slot ke Sukan Olimpik 2012. Ketika ini masih ada satu slot yang perlu diisi.
“Saya akan cuba untuk mendapatkannya tahun depan. Saya telah mencuba pada dua temasya terdahulu tetapi persaingan sangat sengit dan saya gagal melakukannya,” kata pelumba berusia 33 tahun itu.
Sementara itu, Schneitter dari pasukan Colnago Fabre Sudtirol lebih berhak untuk menyarung Jersi Merah Jambu selepas dia memenangi empat daripada lima peringkat perlumbaan pada LIMBC 2011.
Pada peringkat terakhir semalam, pelumba berusia 25 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk menjuarai acara merentas desa jarak dekat dengan catatan masa 42:12.- 681s.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik rakan sepasukan dan senegara Schneitter iaitu Vivienne Meyer (42:12.799s) dan pelumba Australia, Naomi Hansen (42:- 15.790s).
“Hari ini (semalam) adalah hari yang paling sukar bagi saya kerana saya tidak berapa sihat. Sasaran kami adalah untuk memastikan kedua-dua pelumba Colnago Fabre Sudtirol menamatkan saingan di kedudukan 1-2,” kata Schneitter.
“Meskipun ia adalah satu perlumbaan yang sengit, kami berjaya mencapai sasaran itu dan saya berasa sangat gembira dengan kejayaan itu.
“Saya berjaya memenangi empat daripada lima peringkat dalam LIMBC 2011 kecuali semalam (kelmarin) dan saya berasa sangat baik serta gembira.
“Selepas melalui satu perlumbaan yang mencabar, saya tidak sabar untuk berehat dengan menikmati keindahan pantai di Langkawi.”
Hari ini, acara penutup LIMBC 2011 akan diteruskan dalam acara Jamboree sejauh 47.2 kilometer yang bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Lang- kawi.
Lebih daripada 100 peserta dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang berbeza dijangka akan menyertai perlumbaan itu.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...