Wednesday, October 5, 2011

Petani ancam ganggu perlumbaan F1 India


NEW DELHI - Para petani India semalam mengancam untuk mengganggu perlumbaan kereta Formula Satu (F1) yang pertama kali diadakan di India lewat bulan ini.
Mereka mahu membuat gangguan selepas tanah milik para petani tersebut diambil tanpa diberikan pampasan yang mencukupi untuk dibina litar berharga AS$350 juta (RM1.11 bilion) di Greater Nioda, pinggir New Delhi.
"Kami akan mengadakan perarakan bantahan dengan duduk di sebelah litar bermula pada 23 Oktober depan untuk memastikan suara kami didengari," kata seorang ketua petani, Virender Dhada.
Penganjur perlumbaan itu, JP Sports menganggap ia merupakan taktik peras ugut dengan tujuan untuk mendapatkan publisiti.
"Semua perkara ini merupakan satu gurauan," kata seorang eksekutif dari syarikat tersebut. - AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...