Tuesday, October 18, 2011

Pesona moden salwar kameez


PELANGGAN pasti akan rambang mata dengan pelbagai pilihan baju-baju ala pelakon Bollywood, Aishwarya Rai di Harekrishna Silk.



WALAUPUN sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan Bollywood, Tollywood (Tamil) dan malah Hollywood, pelakon jelita dan ratu cantik Aishwarya Rai mempunyai pengaruhnya tersendiri dalam dunia fesyen dan gaya.
Rata-rata pereka fesyen memilih untuk mengikuti trend fesyen yang dicetuskan oleh Aishwarya sebagai salah satu titik tolak untuk ilham mereka. Ia bukan sahaja terhad bagi dunia Bollywood ataupun negara lahirnya, India, malah di Malaysia.
“Kebanyakan daripada kain-kain atau hampir semua pakaian wanita terutama sekali sut salwar kameez ini didatangkan dari Mumbai. Ini kerana lokasi itu memiliki ramai pakar dalam kerja-kerja tenunan manik, jemeki dan pencetus trend terkini menerusi pengaruh pelakon Bollywood,” kata pemilik Harskrishna Silk, Thiyaananthan Bathumalai, 27.
Pemilik butik sari dan pakaian wanita, lelaki serta kanak-kanak, Harekrishna Silk ini begitu mahir dalam memastikan pelanggannya mendapat kepuasan memakai pakaian setaraf ratu dunia.
Sejak dua tahun yang lalu iaitu sejak filem Tamil lakonan terakhir beliau, Enthiran, fesyen pakaian Aishwarya dikatakan terus menjadi buruan para pelanggan khususnya pelanggan wanita moden yang muda.
“Pakaian potongan Anarkali atau dikenali sebagai Masagalli yang pernah dipakai jelitawan itu dalam filem Enthiran telah menjadi ikutan beberapa pelakon Tamil dalam filem-filem seterusnya. Dengan pelbagai pengubahsuaian, fesyen itu terus menjadi pilihan pasaran semasa di sini,” ujar beliau.

BEG tangan yang sepadan dengan salwar kameez mahupun sari turut dijual.


Seorang lagi pemilik bersama, Harekrishna, 30, pula memberitahu, antara pengubahsuaian paling ketara yang dilakukan untuk pakaian salwar kameez Masagalli ialah dari segi penambahan kain net, penambahan jemeki, pengubahsuaian lengan tangan iaitu pajang, pendek, pendek bergelembung dan tanpa lengan, kerja-kerja jardhosi (tenunan batu pada baju) dan warna pakaian itu sendiri.
“Tahun ini, fesyen pakaian sut salwar kameez menekankan warna-warna terang sebagai trend dengan permintaan tinggi untuk pakaian berwarna kuning, ungu, merah hati dan merah jambu,” kata Harekrishna.
Kedua-dua mereka juga akui, walaupun pengubahsuaian itu memberikan nilai tambah kepada baju sut tersebut, tetapi ia tetap menggunakan fesyen asal Masagalli iaitu gaya pelakon Aiswarya.
Sarat dengan manik, jemeki dan bertatah batu kilauan, Thiyaananthan berkata, itu tidak bermakna pakaian yang dijual di butik beliau adalah mahal.
“Kami memborong secara pukal dan memastikan mendapatkan harga yang terbaik. Selain itu, kami juga menentukan setiap pasang yang dibeli tidak berulang kecuali dari segi warna dan pengubahsuaian yang lain.
KEINDAHAN kerja jardhosi pada bahagian dada baju menjadi tarikan utama baju Masagalli ini.


“Ia seiring dengan polisi kami untuk menawarkan pilihan yang eksklusif bagi koleksi Masagalli ini,” katanya yang turut membekalkan pakaian fesyen yang sama bagi kanak-kanak.
Katanya, semua pakaian sut salwar kameez, sut Punjabi, mahupun Churidar di butik tersebut dijual daripada harga semurah RM50 hingga mencecah RM1,800.
“Kami akan cuba sedaya upaya menawarkan harga yang terbaik kepada pelanggan,” tambah beliau.
Selain itu, Thiyaananthan memberitahu, satu lagi cawangan Harekrishna Men’s Collection turut dibuka khas bagi menawarkan pakaian untuk lelaki moden di kawasan yang sama.
“Ia menyediakan pakaian butik, pakaian koleksi khas, pakaian tradisional, jippa, kurtha dan kemeja untuk majlis keramaian,” ujarnya.
Sempena sambutan perayaan Deepavali, Harekrishna Men’s Collection menawarkan diskaun 10 peratus kepada pelanggan mereka.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...