ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi berkata, parti ‘bunga-bunga’ yang sering dianjurkannya hanya membabitkan tari menari, bukan seks.
Berlusconi, 75, berkata, beliau orang yang patuh kepada ajaran agama dan parti seks yang dia didakwa terbabit direka oleh pendakwa raya yang taksub dengan porno.
Beliau yang juga jutawan media didakwa melakukan seks dengan pelacur bawah umur di parti yang membabitkan penari bogel berpakaian seperti paderi wanita.
“Tidak ada kejadian tidak senonoh di rumah saya. Apabila ada tetamu bertanya adakah kami akan ada bunga-bunga selepas makan malam, mereka bercakap mengenai tari menari,” katanya.
Berlusconi berdepan dengan empat kes mahkamah, termasuk dituduh merasuah seorang peguam, David Mills, supaya menipu bagi pihaknya. - Agensi
No comments:
Post a Comment