Wednesday, October 19, 2011

Perencah masakan Khadijah Ibrahim



KHADIJAH IBRAHIM

MENJADI kebiasaan artis atau selebriti di Malaysia, selain menjalani karier sebagai anak seni, mereka juga akan melakukan aktiviti sampingan seperti menjalankan perniagaan contohnya untuk menambah sumber rezeki ataupun kerana meminati bidang tersebut.
Bagi penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim, minatnya terhadap masakan dan melancong telah memberinya insipirasi untuk menjalankan perniagaan yang berasaskan makanan namun mudah untuk dibawa.
Bermula dengan membuka restoran yang diberi nama Khadijah's Kitchen di Petaling Jaya, Selangor, Khadijah atau lebih mesra disapa Khaty, telah meluaskan perniagaannya dengan menghasilkan satu produk perencah masakan Melayu.
Ujar pelantun lagu Ku Pendam Sebuah Duka ini, jika kebiasaannya perencah sebegini diproses dalam bentuk pes, namun bagi produk terbaharu Khaty, ia dibuat di dalam bentuk serbuk yang mana setakat ini mempunyai empat perencah iaitu rendang tok, paceri nenas atau terung, laksa johor dan sambal ikan bilis.
“Biasanya apabila kita membeli perencah makanan segera ini, mereka akan hadir di dalam bentuk pes, tapi, produk Khadijah's Kitchen ini, kami hasilkan ia di dalam bentuk serbuk supaya ia senang dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja.
“Serbuk ini juga boleh disimpan lama iaitu selama dua tahun. Harganya tidaklah terlalu mahal kerana sekotak hanya dijual dengan harga RM6. Selain itu, kami juga ada menghasilkan pek khas yang mempunyai kesemua resipi tersebut yang dijual dengan harga RM35 satu set,” ujar Khaty yang turut memberitahu set khas itu mempunyai kotak yang boleh disimpan sebagai kenangan dan ia terhad kerana 1,000 set sahaja dikeluarkan.
Tambahnya, setakat ini produk tersebut hanya dijual di Restoran Khadijah's Kitchen dan belum lagi dilancarkan di Kuala Lumpur. Iai juga akan dilancarkan di Singapura kelak di dalam sebuah ekspo yang akan diadakan di sana pada November ini.
ANAK saudara Khaty, Sheikh Mohd. Firdaus Amri Sheikh Mohd. Puzi atau Firdaus mencuba nasib sebagai penyanyi.


Beri sokongan
Bicara Khaty lagi, majlis yang diadakan ini juga sebenarnya untuk menyokong anak saudaranya yang baru ingin menempa nama di dalam industri seni tempatan.
Anak kepada kakaknya yang bernama Datin Paduka Faridah Ibrahim, iaitu Sheikh Mohd. Firdaus Amri Sheikh Mohd. Puzi telah pun mengeluarkan mini album yang berjudul Firdaus yang kini menjadi artis sulung di bawah naungan Man Kidal Entertainment Sdn. Bhd.
Namun, timbul persoalan di mana mungkin pemuda berumur 18 tahun ini akan dibayangi atau dikatakan menumpang populariti ibu dan bapa saudaranya untuk menempah nama di dalam industri.
“Pada pendapat saya, tidak semestinya jika seseorang dilahirkan di dalam keluarga penghibur, maka mereka juga akan menjadi penghibur. Namun, bagi Firdaus, meminati bidang muzik adalah perkara yang sudah lama berada di dalam diri.
“Namun, ini dianggap rezeki kerana saya punyai keluarga yang sentiasa menyokong minat saya. Saya ingin berusaha sendiri dengan bakat yang ada dalam diri, tapi, tidak dinafikan bantuan dari keluarga juga memang diperlukan,” ujar Firdaus yang masih lagi kelihatan malu dan sedikit gementar apabila diajukan persoalan.
Pelajar jurusan rekaan Audio dan Muzik di Universiti Limkokwing ini telah pun muncul dengan dua buah single iaitu Kamar Sepi dan Bila Cinta dan kini sedang giat menjalankan promosi bagi albumnya itu.
“Apa yang boleh dikatakan ialah saya akan cuba sebaik mungkin dan insya-Allah saya akan cuba bertahan di dalam bidang yang saya minati sejak kecil ini. Saya baru bermula, banyak lagi yang perlu saya tempuhi di masa akan datang kelak,” akhiri anak muda yang mengambil Amy Search dan Man Kidal sendiri sebagai idolanya.

1 comment:

Unknown said...

Saya ada menanam serai, limau purut dan limau kasturi. Jika pihak puan memerlukan bekalan tersebut, sila hubungi saya terus di 012 2063732.


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...