Friday, October 21, 2011

Perancis kukuhkan pertahanan



BARISAN pemain Perancis gigih berlatih sebagai persediaan menghadapi New Zealand pada perlawanan akhir Ahad ini.


AUCKLAND - Mimpi buruk dibolosi dengan mudah ketika menentang New Zealand di peringkat kumpulan sememangnya masih menghantui pemain Perancis menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada final Ragbi Piala Dunia 2011, Ahad ini.
Mereka pastinya sedar hanya dengan meningkatkan kekuatan di posisi pertahanan sahaja mampu memberi peluang kepada Perancis untuk menewaskan New Zealand.
Dalam aksi peringkat kumpulan, Perancis tewas dengan keputusan 17-37, yang mana All Blacksberjaya melakukan lima try, termasuk tiga dalam tempoh 20 minit pertama.
Jurulatih Perancis, Didier Retiere berkata: "Saya fikir pasukan kami bakal menghadapi masalah sekiranya membenarkan pasukan lawan melakukan try pada perlawanan akhir itu nanti.
"Ia bermakna, kami perlu lebih banyak berkomunikasi dan tidak banyak membuka ruang untuk mereka (New Zealand).
"Kami tahu kami bakal menghadapi cabaran di dalam scrum, malah penyerang mereka sangat mengagumkan ketika menentang Australia baru-baru ini," katanya.
Dalam masa yang sama, pemain Perancis, Imanol Harinordoquy juga mengakui kehebatan New Zealand yang dilihat pasukan yang kurang mempunyai kelemahan.
"Kami perlu mencari jalan untuk menyerang All Blacks dan kami juga telah mengkaji pita rakaman bagaimana Argentina ditewaskan oleh New Zealand pada suku akhir pertama.
"Kami yakin jika mampu memperkukuhkan benteng pertahanan dan berjaya mempamerkan scrumterbaik, usaha untuk bergelar juara dunia sememangnya tidak mustahil," katanya.
- Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...