Tuesday, October 25, 2011

“Peminat Di Malaysia Memang Gila Bangat!” – Duta, Vokalis Sheila On 7.


Lewat malam tadi berlangsungnya Konsert Celcom Sukses Muzik Fiesta Indonesia di Stadium Merdeka menyaksikan band terkemuka Indonesia, Sheila On 7 menghiburkan para peminat daripada Indonesia & Malaysia. Himpunan kali ini dianggarkan berjumlah sekitar 5000 orang berjaya menyatukan peminat daripada serumpun bangsa dengan dendangan lagu seperti ‘Kita’, ‘Dan’, dan ‘Seberapa Pantas’.
Sesungguhnya, krew OHBULAN! pertama kali menghadiri konsert selebriti Indonesia amat mengagumi tahap obses & sokongan peminat. Kibaran bendera daripada pelbagai daerah di Indonesia membuatkan kami seperti berada di sana pula. Kata seorang rakan media, peminat Indonesia memang dikenali dengan sifat energetic walaupun terpaksa berhimpit-himpit.
Duta, vokalis Sheila On 7 menganggap sambutan peminat di Malaysia sangat memberansangkan dan bercadang untuk melakukan persembahan tunggal mereka di masa akan datang.
“Sambutan yang diberikan amat baik. Peminat di Malaysia tak mengira bangsa atau rupa memang gila bangat. Mungkin, kami satu hari kelak bisa membuat kemunculan tunggal untuk konsert di sini pada masa akan datang. Kalau ada kolaborasi, memang kami tidak tolak,” jelas Duta yang diwawancara OHBULAN!
Sheila On 7 turut memaklumkan promosi album terbaru (ke-7) mereka berjudul Berlayar telah pun mencecah lebih 1 juta jualan sejak dilancarkan pada Februari 2011.
“Jualan album Berlayar melayakkan kami menerima Double Platinum. Terima kasih kepada media seperti radio yang kerap memutarkan hit single kami yang berjudul ‘Hujan Turun’.”
Konsert Celcom Sukses Muzik Fiesta Indonesia dibawa khas oleh penganjur, Clockwork Events. 32 foto Hi-Res selepas ini.
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
@ohbulan.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...