Wednesday, October 26, 2011

Pemburuan ratu dunia bermula



WOZNIACKI tampil sebagai pemain No. 1 dunia pada Kejohanan Tenis Jelajah WTA di Istanbul, Turki minggu ini.

LONDON - Ratu Denmark, Caroline Wozniacki akan mengetuai cabaran barisan pemain terbaik wanita dunia pada Kejohanan Tenis Jelajah WTA di Istanbul, Turki minggu ini.
Selain Wozniacki, tiga lagi pemain yang menjuarai gelaran Grand Slam 2011 akan turut menyertai kejohanan akhir musim tersebut.
Pada saingan kali ini, Wozniacki berada dalam Kumpulan Merah bersama juara Wimbledon, Petra Kvitova dari Republik Czech, pemain Russia, Vera Zvonareva dan Agnieszka Radwanska dari Poland.
Juara Grand Slam tiga kali dan bekas pemain No. 1 dunia, Maria Sharapova pula diundi dalam Kumpulan Putih bersama Victoria Azarenka dari Belarus, juara Terbuka Perancis, Li Na (China) dan pemain Australia, Samantha Stosur yang menjuarai Terbuka Amerika Syarikat selepas mengalahkan Serena Williams.
Sharapova membuat kemunculan semula pada kejohanan berprestij itu sejak 2007 dan berazam untuk memenanginya bagi kali kedua, seperti yang dilakukannya pada edisi 2004.
"Saya percaya semua pemain sedar betapa mereka bakal diundi dalam kumpulan sukar, tidak kira Kumpulan Merah atau Kumpulan Putih.
"Kejohanan ini menampilkan lapan pemain terbaik dunia dan sudah pasti, setiap pemain tahu cabaran yang akan diharungi mereka nanti," kata Sharapova.
Sharapova menambah, setiap pemain mempunyai peluang yang seimbang bagi menjuarai kejohanan kali ini.
"Apa pun, itu semua bergantung kepada persediaan mental dan fizikal setiap pemain bermula ketika mereka menghadapi pusingan pertama," ujarnya.
Sementara itu, Wozniacki berkata, kegagalannya merangkul gelaran Grand Slam musim ini memberi motivasi tambahan untuk dia memburu kejuaraan di Istanbul.
"Saya akui, ia bukan tugas mudah untuk muncul juara pada kejohanan ini. Setiap pemain mempunyai keazaman yang tinggi untuk bergelar juara, begitu juga dengan saya.
"Bagi saya, baik Kumpulan Merah mahupun Putih, kedua-duanya mencabar. Semua pemain adalah yang terbaik di dunia.
"Saya akan berada di Istanbul dengan harapan menampilkan aksi terbaik dan kita akan lihat apa yang akan berlaku," katanya. - Reuters

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...