Chee Hood Siong (kiri) telah menghembuskan nafas terakhir beliau Ahad lalu akibat serangan jantung.
Chee Hood Siong popular sekitar tahun 1990′an dahulu dengan sitkom komedi Baba Nyonya yang di’siarkan di TV1.
Walapun kami masih kecil ketika itu, sitkom Baba Nyonya antara sitkom yang melekat di’jiwa kami dan pelakon’nya merupakan ikon ketika itu.
Bekas pelakon yang berusia 66 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir ini memegang watak seorang wanita peranakan bernama Ah Chim bersama Kenny Chan yang membawa watak Bibik Kim Neo.
Kali terakhir Chee Hood Siong muncul sebagai pelakon adalah dalam filem arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 memegang watak suami kepada nyonya lakonan Kenny Chan.
Pihak produksi di’katakan mengambil masa dua bulan untuk memujuk Chee Hood Siong untuk kembali berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0 dan penglibatan itu merupakan yang terakhir buat beliau.
Chee Hood Siong meninggalkan seorang isteri Gladys Ong Keng Wah dan dua orang anak. Ini merupakan kehilangan dalam dunia seni walaupun beliau sudah bersara lama. RIP. via The Star
@rotikaya.com
No comments:
Post a Comment