
NAJIB beramah mesra dengan peserta Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri Antara Institusi Pengajian Tinggi di Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan para pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini supaya terus memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris tanpa menjejaskan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
Perdana Menteri berkata, penguasaan dwibahasa seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah penting agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi.
"Kalau ada kebolehan untuk menguasai tiga bahasa seperti bahasa Mandarin atau bahasa Jepun alangkah baiknya kerana ia akan menjadi satu aset.
"Dengan penguasaan bahasa Inggeris, kita boleh bersaing di persada antarabangsa dan mengekalkan jati diri yang mantap," katanya pada majlis minum petang bersama lebih 400 peserta Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri antara Institusi Pengajian Tinggi di Sri Perdana di sini semalam.
No comments:
Post a Comment