Thursday, October 20, 2011

Pak Awang serah diri di balai



JAMSHAH (dua dari kiri) menunjukkan pistol yang dirampas ekoran tangkapan seorang lelaki pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Kurang 24 jam selepas wajahnya didedahkan media, seorang lelaki yang dipercayai telah melepaskan tembakan ke arah seorang tukang cat dalam satu kejadian kelmarin akhirnya menyerah diri.
Suspek yang dikenali sebagai Pak Awang berusia 55 tahun itu tampil menyerah diri di Balai Polis Paka pada pukul 7 petang kelmarin selepas gerakan memburunya dilakukan pihak polis.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa berkata, hasil tangkapan itu, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori telah membawa polis ke sebuah stor berhampiran rumahnya di Kampung Cacar, Paka dekat sini.
“Pemeriksaan lanjut ke dalam stor berkenaan polis menemui sepucuk pistol jenis .38 selain 16 butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru yang diletakkan di dalam dua tin,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, suspek telah menyerah diri disebabkan tekanan ekoran wajahnya telah didedahkan kepada pihak umum menerusi televisyen dan akhbar.
Ujar beliau lagi, polis sedang menyiasat mengenai kemungkinan suspek turut terlibat dengan jenayah lain ekoran tindakan suspek memiliki senjata api.
“Kita percaya suspek mendapatkan senjata api ini daripada negara jiran dan motif suspek melepaskan tembakan ke arah seorang tukang cat dalam kejadian berkenaan adalah disebabkan dendam,” katanya lagi.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...