“Perniagaan kasut saya akan dijenamakan semula kepada “Neelofa” bermula Januari tahun depan dengan paparan konsep & rekaan terkini,”
“Saya ceburi bidang ini kerana amat meminati kasut tinggi. Minat itu semakin membuak-buak apabila saya diwajibkan memakai kasut tinggi sepanjang pertandingan Dewi Remaja berlangsung,” ujar Neelofa, juara Dewi Remaja 2010.
“Namun, minat terhadap kasut tinggi agak terbatas kerana produk sebegini sangat sukar didapati dengan harga yang berpatutan. Kebiasaannya, kasut tinggi yang berkualiti bernilai antara RM300-RM500. Untuk menjimatkan kos, saya mula melayari laman web bagi mendapatkan kasut tinggi yang diinginkan. Daripada situ’lah, saya mendapat ilham untuk membuka bisnes kasut tinggi yang berkualiti pada harga yang amat berpatutan. Anggaran harga sepasang kasut berjenama “Neelofa” sekitar RM150-RM300,” kata Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor.
Neelofa turut menyatakan impiannya makin tercapai apabila dia dijanjikan geran permulaan bernilai RM200 ribu melalui program APEC Young Entrepreneurs’ Summit yang dilancarkan kelmarin.
“Anggaran kos bernilai RM500 000 diperlukan untuk memulakan perniagaan kasut ini bermula daripada proses rekaan, pengilangan sehinggalah kepada pemasaran. Namun, geran bernilai RM200 000 secara keseluruhannya akan saya gunakan untuk bajet promosi dan penjenamaan semula. Insyallah, geran ini dapat membantu meringankan beban saya untuk memajukan perniagaan,” ujar Neelofa yang baru berusia 22 tahun ini.
@ohbulan.com
klik sini terus pergi blog kasut neelofa ya
lihat gambar cantik dan video ringkas neelofa di sini..
asampedaz: artis sekarang lebih beruntung krn banyak bantuan disediakan oleh kerjaaan, cuma artis kena pandai ambil peluang dan berjimat cermat! tidak mcm dulu nasib mereka kurang baik...
No comments:
Post a Comment