Monday, October 24, 2011

Libya ‘Dibebaskan’ Selepas 3 Hari Gaddafi Dibunuh

Libya 'Dibebaskan' Selepas 3 Hari Gaddafi Dibunuh

BENGHAZI – Pemimpin baru Libya semalam mengisytihar negara itu sudah “dibebaskan”, tiga hari selepas bekas pemimpin, Muammar Gaddafi, ditangkap dan dibunuh, sekali gus menjurus kepada pembentukan kerajaan sementara.
Peristiharan yang dinanti-natikan itu dibuat ketika kontroversi berhubung kematian Gaddafi selepas beliau ditangkap hidup-hidup semasa kejatuhan bandar kelahirannya, Sirte.
Britain menyatakan insiden itu “mencemarkan” Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).
“Deklarasi Pembebasan. Dongak tinggi-tinggi. Anda rakyat Libya yang bebas,” Naib Pengerusi NTC, Abdel Hafiz Ghoga, berucap pada perhimpunan di Benghazi, di mana kebangkitan menentang Gaddafi dilancarkan lapan bulan lalu.
Ribuan hadirin menyambut dengan laungan: “Anda rakyat Libya yang bebas.”
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, menyifatkan perisytiharan rasmi itu sebagai “bersejarah” dan menekankan sokongan badan dunia itu terhadap langkah NTC bagi menubuhkan kerajaan sementara.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, mengalu-alukan pembebasan itu sebagai “era harapan baru” dan menggesa “proses perdamaian negara” manakala Setiausaha Negara, Hillary Clinton berkata revolusi itu adalah “usaha rakyat biasa Libya yang berani”.
Ghoga juga menggesa puak militia yang berjuang menggulingkan Gaddafi supaya bersatu. – AFP
baca kisah Libya di sini...

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...