Tuesday, October 4, 2011

Lelaki Ditemui Mati Dengan Tangan Terikat


Lelaki Ditemui Mati Dengan Tangan Terikat
KOTA BAHARU – Seorang lelaki ditemui mati dengan tangannya terikat dan kepala dibungkus kain di sebuah kebun pisang di Kampung Kubang Palas, Binjai dekat sini Selasa.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mayat Saw Yee Siang, 57, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah oleh pemilik kebun berkenaan pada pukul 8 pagi.
“Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian seluar track dan t-shirt. Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul dengan benda keras di kepala,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata polis percaya kejadian itu mungkin bermotifkan dendam ekoran lelaki yang beralamat di Tumpat itu bekerja sebagai kontraktor dan penjual barangan binaan.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Pemilik kebun pisang Zamizi Mohamad, 42, berkata mayat lelaki itu ditemui ketika beliau bersama isteri Mariam Hamzah, 38, baru tiba di kebunnya untuk mengutip kacang botol untuk dijual.
“Kami terkejut melihat satu objek seperti tubuh manusia dan bila didekati memang seorang manusia dalam keadaan tertiarap berlumuran darah,” katanya.
Sementara itu, Jalaluddin berkata kematian bayi perempuan yang mayatnya disumbat dalam beg dan dibuang dalam perigi semalam, bukan kerana dibunuh sebaliknya bayi itu mati kerana dilahirkan tidak cukup bulan.
“Hasil siasatan awal, kami percaya suspek yang terlibat membuang bayinya itu mungkin seorang pelajar,” katanya. – BERNAMA

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...