Saturday, October 8, 2011

Kak Pah Mahu Buat Konsert Dengan Siti Nurhaliza


Sharifah Aini Mahu Buat Konsert Dengan Siti Nurhaliza
siti nurhaliza sharifah aini
siti nurhaliza sharifah aini
KUALA LUMPUR – Datuk Sharifah Aini, 58, tidak menafikan dia menaruh impian untuk mengadakan konsert bersama-sama dengan Datuk Siti Nurhaliza kerana yakin mampu menarik perhatian para peminatnya dan penyanyi nombor satu negara itu pada masa depan.
Menurut Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah membayangkan perkara itu akan menjadi kenyataan pada tahun depan memandangkan dia kini sedang sibuk dengan persembahan-persembahan amalnya yang diadakan di sekitar Lembah Klang.
“Saya memang ada impian untuk mengadakan konsert bersama Siti Nurhaliza. Buat masa ini saya belum berjumpa dengan Siti bagi menyuarakan hasrat saya itu kerana buat masa ini saya sibuk dengan persiapan Malam Amal Tiga Sahabat pada 17 Disember nanti.
“Pada persembahan amal di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur bagi mengisi tabung kebajikan rumah anak-anak yatim dan sekolah-sekolah agama di Lembah Klang itu, saya turut menjemput dua penyanyi dari Indonesia iaitu Grace Simon dan Dewi Yull,” katanya di sini baru-baru ini.
Jelas penyanyi yang merupakan ibu tunggal kepada Aliff Omar hasil perkahwinannya dengan bekas suami pertamanya, Ali Bakar itu, dia berharap hasratnya itu bukan sahaja dimakbulkan Allah tetapi meminta para peminat menyokong jika konsert tersebut dapat direalisasikannya.
“Selain Siti, saya juga mempunyai rancangan untuk mengadakan konsert bersama-sama penyanyi Ning Baizura pada masa depan. Mungkin semua impian itu akan saya usahakan pada tahun depan kerana buat masa ini saya sibuk dengan banyak kerja-kerja amal,” ujarnya. – Mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...