Sunday, October 23, 2011

Justin Bieber Rancang Filem Terbaharu


Justin Bieber
SELEPAS berjaya dengan filem Justin Bieber: Never Say Never, artis popular Amerika Syarikat ini merancang untuk kembali dengan filem terbaharu.
Filem terdahulu yang menampilkan dalam bentuk dokumentari telah mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya. Disebabkan itu juga Justin sedang merancang sebuah filem tentang dirinya pada tahun depan.
"Saya harap musim panas tahun depan saya boleh menyiapkan sebuah filem kerana semuanya sudah bersedia dan hanya menanti jadual saya sahaja untuk penggambaran," ujarnya seperti dipetik daripada Splashnews.com.
Bagaimanapun, kata Bieber dia lebih mengutamakan konsert jelajah bagi promosi album terbarunya dalam masa terdekat ini terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang filem.
Sebelum ini, Bieber pernah memberitahu berminat untuk melakonkan watak komedi dan ingin berlakon bersama pelakon komedi Will Ferrell.
@myartis.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...