Thursday, October 6, 2011

Johnny Depp Hadapi Masalah Jalani Fotografi


Johnny Depp
AKTOR popular Hollywood, Johnny Depp, mengakui bahawa dia mempunyai masalah besar apabila menjalani mana-mana sesi fotografi.
Menerusi wawancara bersama majalah Vanity Fair bagi edisi bulan November, aktor ini mengakui sukar memberikan aksi-aksi menarik ketika bergambar walaupun sudah bertahun-tahun berada dalam industri perfileman Hollywood.
"Saya rasa seperti “diperkosa” apabila foto wajah saya diambil. Entahlah, susah untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Apa yang boleh dikatakan, saya rasa pelik dan bodoh," akuinya.
Walaupun sesi fotografi adalah bukanlah kepakaran dan kesukaannya, Johnny terpaksa menerima tawaran sesi fotografi daripada mana-mana majalah kerana wang yang diterima itu akan diberikan kepada anak-anaknya.
"Saya rasa bodoh dengan pekerjaan ini tapi tetap menerimanya kerana wang yang diperoleh itu khas buat anak-anak saya," katanya
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...