Monday, October 24, 2011

JLo tinggalkan pentas kerana menangis



JENNIFER LOPEZ membuat persembahan di sebuah auditorium di Uncasville, Amerika Syarikat kelmarin.

UNCASVILLE, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez meninggalkan pentas di sebuah auditorium yang dipenuhi penonton di sini kerana dia menangis semasa menyanyikan lagu mengenai cinta, lapor sebuah akhbar semalam.
Lopez yang berusia 42 tahun membuat persembahan di auditorium Mohegan Sun Arena di sini ketika kejadian itu berlaku kelmarin.
Penyanyi tersebut yang terkenal dengan panggilan JLo menyanyikan lagu I You Had My Love.
JLo memberitahu penonton bahawa lagu tahun 1999 itu merupakan lagu pertama yang dihasilkannya berkaitan dengan cinta.
Penyanyi itu yang pernah beremosi kemudian mengejutkan penonton dengan pertanyaan: "Apakah itu cinta."
Sebelum dia menambah dengan menyatakan: "Selepas lagu terakhir saya mengenai cinta, banyak yang telah berubah sejak itu."
Lagu I You had My Love dihasilkannya semasa dia menjalin hubungan dengan penyanyi rap, P. Diddy.
Pasangan itu berdepan dengan hubungan yang berkocak selama tiga tahun sebelum JLo berkahwin dengan penari sokongan, Chris Judd.
Penyanyi itu kemudian menjalin hubungan dengan aktor, Ben Affleck sebelum terputus walaupun mereka hampir berkahwin.
Selepas episod sedih itu, dia berkahwin dengan penyanyi Latin, Marc Anthony.
Bagaimanapun, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka pada Jun lalu.
Menurut seorang saksi: "Pada penghujung nyanyiannya, dia mula sebak dan terpaksa mengambil sedikit masa untuk kembali tenang.
Saksi itu berkata kepada laman hiburan RadarOnline.com, dia kemudiannya menangis dan berlari dari pentas. - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...