Thursday, October 6, 2011

Ikan Bakar D' Yatie (Kedai No 7)


Sekiranya anda berkunjung ke Melaka bersama keluarga dan orang tersayang tidak sah jika anda tidak berkunjung ke Perkampungan Ikan Bakar Terapong, Umbai. Perjalanan dari bandar Melaka hanya dalam linkungan 20 minit sahaja. Di sini terdapat banyak kedai-kedai ikan bakar yang menyediakan pelbagai sajian untuk para pengunjung. 

Antara kedai yang paling popular disini adalah kedai No 7 yang dimiliki dan diusahakan oleh seorang wanita kelahiran Melaka iaitu Puan Norhayati. Kerana minat dalalm bidang perniagaan dan masakan beliau tekad memulakan perniagaan kedai ikan bakar ini sejak 3 tahun yang lepas. Mengikut kata beliau kedai Ikan Bakar D' Yatie ini bukan sahaja sering dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung tempatan malahan ramai juga dari luar negeri terutamanya dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura. Walaupon sememangnya penat mengusahakan kedai makan seumpama ini tapi beliau sangat gembira dan berpuas hati kerana pelanggan-pelanggan beliau pada mulanya sekarang ini ramai yang telah menjadi kawan kepada beliau dan suami. 

Kekerapan mereka berkunjung ke Melaka sudah pasti kedai Ikan Bakar D' Yatie ini menjadi pilihan dan agenda bersantai bersama keluarga. Bagi Norhayati masakan yang sedap mengikut cita rasa pelanggan adalah faktor utama kedatangan pelanggan-pelanggan tetap ke kedai beliau selain layanan ramah serta mesra kepada semua. 

Kedai beliau dibuka dari pukul 3 petang hingga 1.00 pagi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Memang dibuka ke lewat pagi kerana waktu-waktu sebegini ramai yang membawa keluarga dan anak-anak serta rakan taulan untuk menjamu selera.

Hari-hari lain dibuka dari pukul 5 petang hingga 12.00 malam. Dan bercuti pada setiap hari Selasa.





Para pelanggan boleh memilih sendiri ikan-ikan diruang depan dan membuat pilihan jenis-jenis masakan yang mereka sukai. Antara ikan-ikan yang sering ditempah bakar oleh pelangan adalah seperti ikan siakap, jenak, kerapu, pari, caru, kembong. Lain-lain makanan laut seperti udang, ketam, sotong, kupang, sepahat dan lala ada juga disediakan.


Pelbagai jenis minuman panas dan sejuk ada dijual disini. Terdiri daripada pelbagai jenis air buah-buahan tempatan, barli, mata kucing dan yang paling digemari mengikut Norhayati adalah air kelapa muda. Pilihan kepada kelapa-kelapa muda ini ditentukan sendiri oleh Norhayati bagi memastikan air kelapanya manis, lemak dan berkhasiat untuk pelanggan yang datang. Kelapa-kelapa muda ini dibekalkan oleh kawan-kawan beliau yang tinggal berhampiran. Memang banyak pokok-pokok kelapa di sini kerana lokasi bersebelahan dengan laut Selat Melaka. 



Dan yang pasti harga makanan di sini memang berpatutan dan tidak akan membebankan pelanggan yang datang. Para pengunjung boleh melihat sendiri harga-harga yang ditawarkan disini semasa membuat pilihan.



Para pelanggan boleh memesan masakan makanan mengikut cita rasa masing-masing. Antara resipi masakan paling digemari adalah bakar samada bakar kosong, bersambal atau berempah. Selain dari itu masakan 3 rasa (masam, manis, pedas) juga menjadi pilihan pelanggan. Dan anda juga boleh mencuba masakan lain seperti sweet sour, steamed, asam pedas, tomyam pelbagai perisa. 


Dan antara masakan popular dan menjadi keistimewaan tersendiri bagi kedai Ikan Bakar D' Yatie ini adalah masakan sos tiram, black pepper, bakar berempah, asam pedas dan juga sotong goreng bertepung. Tidak ketinggalan nasi lemak kukus resipi keluarga Norhayati turun temurun.


Air barli sejuk dan mata kucing special juga pilihan popular pengunjung di sini.

Kupang masak 3 rasa (masam, manis, pedas) memang kegilaan pelanggan yang datang ke sini. Ramai yang akan order sebagai makanan sampingan selain ikan bakar. Di makan dengan nasi lemak kukus memang enak sekali.



Mengikut kata Norhayati lagi beliau juga menyediakan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis seperti perkahwinan, persandingan, kenduri, majlis hari lahir, hari keluarga dan lain-lain. Pakej serendah dari RM15-RM25 seorang (ikut pilihan menu). Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Norhayati boleh hubungi beliau di talian 017- 633 5056 @ 017- 309 9679 (suami- En Morlin).

Harap kawan2 boleh datang ya singgah ke kedai Yatie ini di No 7 tingkat bawah! Nak senang cari masuk aje di bawah lihat kedai berwarna merah, tuh lah kedai Yatie ..hehehe

"Selamat Berkunjung Ke Kedai Ikan Bakar D' Yatie - No 7"

Terima Kasih!






Koleksi gambar di sini..KLIK!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...