Friday, October 7, 2011
HADIAH HARI JADI: AQASHA DAPAT GARMIN
Inilah wajah anak kesayangan aqasha...
Rasanya masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Aqasha hari ini. Difahamkan, pelakon dan penyanyi itu mendapat banyak hadiah istimewa terutama daripada isteri tersayang.
"Hadiah dari isteriku. Thanx a lot darling. Tho' men usually good with direction, but I humbly accept this," ujar Aqasha memberi komen mengenai hadiah sebuah Garmin daripada isterinya itu.
Nampaknya selepas bergelar bapa, Aqasha nampak lebih matang, penyabar dan sifat penyayangnya makin menyerlah. Ia terbukti apabila Aqasha sanggup menghabiskan masa di rumah untuk menjaga anaknya Alehandra Ahmad.
"Dia pelengkap kehidupan kami. Dia juga merupakan peneman saya di waktu malam. Saya suka menonton televisyen di waktu malam dan dia selalunya akan berjaga malam.
"Jadi kini saya sudah ada peneman ketika menonton tv. Dia pun tak banyak meragam, saya hanya perlu melayan dia sahaja. Sekitar jam 3 atau 4 pagi dia akan tidur," katanya dipetik sebagai berkata.
Biodata:
Nama Penuh: Firdee Akassya bin Rosli
Nama Komersial: Aqasha
Tempat Lahir: Hospital Universiti Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 6 Oktober 1982
Hadiah Garmin dari isterinya Nor Baizura - Sila klik..!!
Hadiah-hadiah lain dari rakan dan saudara...
@myartis.com
asampedaz: suka tengok artis kita hidop aman damai bersama keluarga.... kasih sayang mesti sentiasa dipupuk... cabaran dan dugaan datang dan pergi... inilah "kehidopan"!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia
Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...
No comments:
Post a Comment