
KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan telah dimasukkan ke hospital Gleneagles minggu lalu ekoran tekanan perasaan yang berkait dengan hal-hal peribadi semasa yang dihadapinya sejak akhir-akhir ini.
Beliau dimasukkan ke hospital pada hari Isnin dan keluar pada hari Rabu, yakni pada hari resepsi perkahwinan antara bekas suaminya, Norman Hakim dan pasangannya barunya, Memey Suhaiza.
Bagaimanapun, bekas Pelakon TV Wanita Popular sebanyak empat kali itu menafikan tekanan tersebut ada kena mengena dengan kedua pihak itu.
“Sy Cuma terlalu stress dengan hal2 semasa.. Tp xde kena mgena lgsg dgn yang sebelum ini yer so jgn la kaitkan dgn dorg (Norman dan Memey) pulak.. :).
“Antara sebab lain, Sy tak makan, tak cukup tido….
“Sy ok, tp mmg terlalu byk fikir buat Sy rasa over tension…. Tp masih terkawal, alhamdulillah…”, katanya kepada Mynewshub.my melalui sistem pesanan ringkas (sms) di sini hari ini.
Abby menjelaskan bahawa sepatutnya dia diarahkan doktor untuk berehat di hospital beberapa hari, namun dia menolak dan meminta untuk dikeluarkan dari wad hospital berkenaan.
Menurut Abby lagi, dia dijadualkan untuk menghadiri satu sesi pergambaran pada hari tersebut namun terpaksa dibatalkan apabila dia pitam di rumah rakannnya dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
“Ikutkan doc suh rest lg kt hospital utk bbrape hari tp Sy mntk keluar.. Patutnya shutin..terpaksa tolak hb ari tu,” katanya lagi.
Bekas penyanyi kumpulan Elite itu turut memberitahu bahawa ketiga-tiga anaknya kini dijaga oleh ibubapa dan abangnya yang banyak menolong sejak kebelakangan ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Abby enggan mengulas tentang majlis resepsi perkahwinan Norman-Memey yang dikritik pedas oleh selebriti masakan terkenal Chef Wan baru-baru ini.
Abby menegaskan bahawa dia tidak mahu campur tangan dalam sebarang hal yang membabitkan pasangan tersebut.
“Sorry.. Xnak cakap papelah pasal dorg.. Tiada hasil :P sorry k :),” katanya melalui sistem pesanan ringkas (sms) kepada Mynewshub.my ketika dihubungi lewat semalam.
Majlis resepsi perkahwinan Norman – Memey menjadi kontroversi panas ekoran kritikan Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang menyatakan ia tidak sepadan dengan kos tajaan yang berjumlah RM12 juta.
Chef itu meluahkan rasa kesalnya terhadap majlis resepsi perkahwinan berkenaan yang dikatakan menjadikan Norman dan Memey bagaikan model di majlis mereka sendiri.
Selebriti terkenal itu berkata di laman Facebook miliknya, Chef Wan Fan Club, meskipun majlis yang menelan belanja sebanyak RM12 juta itu berlangsung dengan jayanya namun kedua pasangan pengantin baru itu hanya berperanan sebagai peragawan dan peragawati di majlis itu.
Ekoran kritikan itu, kakak Norman yang dikenali sebagai ‘Norish Zaid’ tampil membela adiknya di ruangan komen Mynewshub.my, dan menafikan kritikan pedas Chef Wan di laman Facebooknya yang dikatakan ‘melampau’.
Terbaru, Chef Wan telah bertindak memohon maaf secara terbuka kepada Norman dan Memey yang selamat diijabkabulkan pada 24 September lalu itu sekiranya pasangan itu terguris dengan kritikannya di laman Fan Club Chef Wan miliknya itu.
Bagaimanapun, beliau tetap mempertahankan komennya terhadap majlis tersebut dengan menyifatkan kritikan itu lahir dari hati yang jujur dan ikhlas melalui pengalamannya ketika menghadiri majlis berkenaan.
Majlis resepsi perkahwinan Norman dan Memey yang diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 28 September lalu merupakan majlis termahal yang seumpamanya yang menelan belanja berjumlah RM12 juta dan ditaja oleh Rafflesia Pearl Centre (Rafflesia).
@mynewshub.my
jom lihat isu kahwin2 artis nabil & norman di sini..
No comments:
Post a Comment