Semalam, dalam kehujanan kota Kuala Lumpur, kami sempat singgah ke Hotel Hilton untuk bertemu lagenda rock negara, Ella.
Masih mesra melayan media walaupun kami orang baru dalam industri, Ella yang hadir bersama pembantu peribadi & Jojie menjadi pusat tumpuan ketika sidang media.
Ella bersama band beliau akan menjadi artis pembuka tirai konsert Whitesnake World Tour 2011 yang bakal di Stadium Putra Bukit Jalil 30 Oktober ini.
Bercakap kepada media, Ella berkata beliau teruja dengan peluang ini kerana pihak pengurusan Whitesnake sendiri meminta ratu rock Malaysia ini menjadi artis pembuka tirai.
Ella akan mendendangkan lima buah lagu untuk sessi pembukaan selama 30 minit & dengan bangga beliau akan membawakan semua lagu berbahasa Melayu beliau yang popular.
Di’tanya mengenai perkembangan terkini, Ella berkata beliau kini sedang dalam proses merakamkan lagu untuk album terbaru yang akan keluar tidak lama lagi & salah sebuah lagu adalah kolaborasi dengan Mizz Nina.
“Jangan tanya dulu genre apa yang akan kami berdua bawa tetapi kami janjikan sesuatu kelainan dan saya teruja dengan projek bersama kami. Tunggu lagu baru kami nanti,” ujar Ella.
Kepada anda yang berminat untuk menyaksikan Whitesnack & Ella beraksi di’atas satu pentas, dapatkan tiket Whitesnake World Tour 2011 melalui Ticket Pro atau AirAsia RedTix. Harga bermula RM98.
@rotikaya.com
No comments:
Post a Comment