Friday, October 7, 2011

Diana Amir Kurang Tawaran Berlakon Selepas Tutup Aurat


Wajah terbaru Diana Amir yang manis bertudung. Foto THE STAR Oleh DANIL ROSLAN
KUALA LUMPUR: Pelakon filem “Aku Masih Dara”, Diana Amir mengakui tawaran berlakon semakin berkurangan selepas dia membuat keputusan untuk “berhijrah” dengan memakai tudung. Diana berkata, dia memandang positif mengenai perkara itu dan menganggap ia sebagai satu ujian yang diterimanya daripada Allah.
Katanya lagi, walaupun tidak mempunyai tawaran berlakon dia menggunakan masa terluang yang ada dengan mendalami ilmu agama.
"Buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon tetapi saya mengambil ia sebagai ujian selepas penghijrahan saya.
"Saya kini lebih banyak meluangkan masa untuk menghadiri kelas agama dan saya semakin berasa seronok dan tenang," ujarnya.
Diana berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sidang media Festival Filem Malaysia (FFM24) di sini, Rabu.
Dalam pada itu, Diana berkata dia masih ingin terus berlakon tetapi dengan watak sesuai dengan imejnya.
Diana sebelum ini mengejutkan semua pihak dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.
Sementara itu, ditanya mengenai filem “Aku Masih Dara” dan “321 Cinta” yang dipertandingkan dalam FFM24 tahun ini, dia berharap filem lakonannya itu layak menerima penghargaan dalam anugerah itu.
Ujarnya, sebagai pelakon baru dia juga memasang angan-angan untuk dicalonkan dalam apa juga kategori sebagai tanda kesungguhannya berada di dalam industri filem tanah air.
"Perasaan teringin itu ada kerana FFM adalah sebuah majlis yang besar tetapi itu semua terpulang kepada pihak juri yang akan menilai sama ada bakat saya layak dicalonkan atau tidak," ujarnya.
asampedaz: insyaAllah Allah SWT akan ganti rezekinya ya... hijrah lah utk kebaikan! anda dipilih oleh Allah utk diberi hidayahNya..teruskanlah...

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...