
LOS ANGELES, 17 OKT 2011: Nampak gayanya, aktres Demi Moore seperti sudah tidak mahu lagi mempertahankan rumahtangga dengan Ashton Kutcher. Buktinya, baru-baru ini, beredar gosip yang mengatakan Demi sudah pun mengusir Ashton keluar dari rumah mereka.
Bukti ini menjadi lebih solid apabila beberapa sumber terlihat trak pengangkut barang iaitu Wetzel and Sons berada di hadapan rumah pasangan selebriti Hollywood ini.
Begitupun, pihak Wetzel and Sons tidak mahu memberikan sebarang informasi serta enggan mengesahkan tentang hal tersebut.
"Kami tidak boleh memberikan apa-apa informasi yang berkaitan dengan klien kami," kata jurucakap Wetzel and Sons.
Baru-baru ini, Ashton Kutcher dengan berani telah menunjukkan batang hidungnya di depan publik. Bintang filem 'Valentine's Day' dilihat mengdahiri acara konser Bill Clinton's 'Decade of Difference' secara seorang diri. Dia juga masih mengenakan masih cincin kahwinnya.
Sementara itu, Demi Moore pula kelihatan lebih kurus daripada kebiasaannya. Malah, sumber memberitahu, kecurangan yang dilakukan oleh Ashton terhadapnya adalah satu tamparan yang cukup hebat dan berat buat aktres tang berusia 48.
Malah, sejak mengetahui Ashton curang apabila melakukan hubungan seks sebanyak 2 kali dengan gadis bernama Sara Deal, hidup Demi Moore sudah menjadi sangat tidak teratur lagi.
"Dia sangat kecewa hingga tidak mahu makan," kata salah seorang saudara dekat Moore.
Sumber lain juga turut mengungkapkan, Demi Morre juga sudah kembali mengamalkan tabiat buruk lamanya iaitu meneguk minuman keras. Sara Leal yang berusia 22 tahun pula sudah pun menmbuat pengakuan tentang skandal seksnya dengan Ashton Kutcher.
No comments:
Post a Comment