
Pada 8 Oktober lepas, beberapa orang selebriti tempatan telah diberikan pengiktirafan melalui UDC Business Award. Antaranya ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Hatta Dolmat, dan juga Dato’ Yusof Haslam.
Anugerah yang disampaikan oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang dan kecemerlangan dalam pembangunan perniagaan dengan semua hak dan keistimewaan dikekalkan. UDC Business Award 2011 adalah satu program anugerah antarabangsa yang mengiktiraf kejayaan, inovasi semua pemimpin perniagaan, syarikat dan organisasi dalam semua sektor industri.
Secara ringkasnya, ia mengiktiraf melalui pengakuan proses perniagaan yang inovatif, pembangunan produk, perusahaan, kemampanan dan kejayaan keseluruhan perniagaan. Melalui anugerah ini, ia mampu menjadi medium bagi usahawan untuk mengetengahkan produk mereka.
Berlangsung di PWTC, Dato’ Siti Nurhaliza telah menerima anugerah “UDC Best Upcoming Cosmetic Product”, untuk produk ‘SimpliSity’, manakala Dato’ Yusof Haslam telah menerima anugerah “UDC Best Film Production”, untuk Skop Production.
Tidak ketinggalan, pereka fesyen yang juga bekas 3 finalis Project Runaway Malaysia, Hatta Dolmat telah menerima anugerah “UDC Fashion Designer Of The Year”. Hatta Dolmat pernah mereka baju persandingan untuk beberapa orang selebriti seperti Memey Suhaiza dan juga Yasmin Hani.
@ohbulan.com
No comments:
Post a Comment