Thursday, October 6, 2011

Data Peribadi Artis Digodam Dan Dilepaskan Di Internet


Wow. Terkejut beruk mendapat berita tentang data peribadi artis-artis Malaysia yang telah digodam dan dikeluarkan di sebuah laman web. Siap ada nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah dan macam-macam lagilah. Agak hebat jugak penggodam kali ini yang menggelarkan dirinya JarJarBinks.
jarjarbinks
Namun buat masa ini tidak lagi diketahui sama ada data peribadi yang dikeluarkan itu adalah benar milik artis-artis yang dimaksudkan ataupun sebaliknya. Malah penggodam ini turut meletakkan gambar seolah-olah mengakui yang dia terlibat dengan penggodaman laman Facebook dan Twitter Fara Fauzana suatu ketika dahulu.
jarjarbinks
Diharap jika benar, mereka yang terlibat dapat mengambil sikap lebih berhati-hati selepas ini.  
P.S: Alamat laman web tersebut tidak dapat disertakan atas sebab-sebab keselamatan.
@beautifulnara.com


No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...