Thursday, October 20, 2011

Chen Xianmei Diberikan Ganjaran RM10,000


Wanita Selamatkan Kanak-Kanak Diberikan Ganjaran
BEIJING – Seorang pemungut sampah di Selatan China yang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dibiarkan selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari, menerima ganjaran kira-kira RM10,000 daripada kerajaan tempatan.
Wanita berusia 58 tahun, Chen Xianmei  mendapat pujian di atas keprihatinannya membantu menyelamatkan nyawa Yueyue, 2, walaupun 18 orang yang melalui jalan berkenaan tidak langsung menghulurkan pertolongan kepada kanak-kanak yang berada dalam keadaan `nyawa-nyawa ikan’ itu.
Menurut Chen, ketika itu, dia tidak fikir apa lagi kecuali ingin menyelamatkan kanak-kanak malang berkenaan.
Dalam pada itu, Yue kini berada dalam keadaan stabil dengan otaknya menunjukkan sedikit perkembangan apabila kanak-kanak itu menggerakkan sedikit bahagian bawah badan.
Sementara itu, ibu kanak-kanak itu berkata, dia kini hanya memberikan fokus kepada aspek positif dalam kejadian yang mengejutkan dunia itu.
“Chen melambangkan aspek kemanusiaan semula jadi manusia,” katanya.
Sementara itu, Sina Weibo yang sama dengan Twitter memaklumkan, laporan mengenai budak malang itu terus menjadi topik nombor satu di negara itu selepas mendapat perhatian 4.5 juta pandangan.
Dalam perkembangan sama, media tempatan cuba menjejaki orang awam yang melalui kawasan berkenaan, namun sebahagian mereka menafikan melihat kanak-kanak itu terbaring di jalan.
Seorang pejalan kaki memaklumkan akhbar edisi petang, Yangcheng bahawa dia pada mulanya menyedari seorang budak yang dipenuhi darah sedang menangis.
“Saya kemudiannya pergi ke kedai berhampiran dan tanya sama ada itu anaknya, namun pekedai itu menjawab tidak.
“Jika orang lain tidak mahu menyentuhnya, kenapa saya perlu berbuat demikian,” katanya yang disiarkan oleh akhbar terbabit.
Kejadian yang menimpa Yueyue mengejutkan banyak pihak termasuk masyarakat di seluruh dunia, dengan sikap pentingkan diri yang dipamerkan masyarakat di situ.
baca kisah budak perempuan 2 kali dilanggar tanpa kasihan di sini..

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...