Saturday, October 22, 2011

Britney Spears Belajar Menjahit


Britney Speears
SELAIN kejayaan sebagai seorang penyanyi pop, Britney Spears ternyata mempunyai bakat terpendam lain yang harus dikagumi.
Setiap kali berehat daripada konsert jelajah, penyanyi Toxic itu mempelajari cara menjahit kostumnya sendiri.
Malah Britney juga mengambil kursus menjahit bersama krew penyelia pakaian dan ia membuatkan penyanyi itu begitu teruja apabila memperoleh ilmu jahitan tersebut.
Baru-baru ini, Britney sempat mengikuti kursus menjahit sehari sebelum memulakan konsert jelajah di Sweden.
"Belajar menjahit di Sweden bersama krew wradrobe sememangnya menakjubkan," kata Britney menerusi laman Twitter akaun miliknya.
Penyanyi itu juga sempat memuat naik foto-fotonya ketika menjahit pada laman tersebut.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...