Wednesday, October 5, 2011

Bibir Saya Asli, Tiada Botox – Kilafairy



Susah juga bila orang Melayu mempunyai bibir yang seksi dan cantik seperti Kilafairy. Ramai yang berkata bibir mungil milik Kilafairy adalah palsu dan mendapat keseksian menerusi suntikan botox. Namun Kilafairy ada jawapan untuk tuduhan melulu tersebut.
Seperti biasa, persoalan peminat & mereka yang ingin tahu keaslian bibir mungil gadis ini di’jawab penuh jujur dengan menafikan beliau menyuntik apa apa.


Berkata kepada Utusan Malaysia hari ini, Kila Fairy menegaskan yang beliau tidak menyuntik botox untuk mencantikkan bibir beliau seperti mana yang di’dakwa sesetengah pihak.
“Macam mana lagi yang hendak saya katakan bahawa bibir saya ini adalah asli dan tiada elemen lain digunakan untuk mendapatkan bibir seperti ini.”
Menurut Kila Fairy juga, beliau percaya seseorang itu mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja demi kecantikan lebih lebih lagi jika sudah berusia 50 tahun.
Namun untuk Kila Fairy, semua itu tidak perlu ketika ini kerana beliau baru berusia 19 tahun dan beliau ingin menikmati semuanya dalam keadaan cantik yang asal.
@rotikaya.com
asampedaz: bibir tak tebal tapi maintain seksi...hik

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...